Tarikh Tutup dilanjutkan bagi Pengambilan Program Asasi dan Diploma Kejururawatan AIMST

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 01, 2020, 11:42 am

Bedong, 1 September 2020 – AIMST Universiti telah mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan tarikh tutup bagi pengambilan program asasi mereka dari 22 Ogos ke 4 September. Mereka juga telah melanjutkan tarikh tutup kemasukan diploma Kejururawatan yang kedua dari 6 September ke 4 Oktober.

Selaras dengan pemanjangan tempoh pengambilan pelajar, AIMST juga menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar baharu demi meringankan beban mereka.

Pelajar asasi AIMST boleh memohon biasiswa penuh AIMST atau Top Achiever Scholarship berdasarkan bidang pengajian. Biasiswa penuh AIMST dibuka untuk semua program asasi kecuali program asasi yang menuju jurusan perubatan, pergigian dan farmasi. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Program Asasi Perniagaan – sekurang-kurangnya 5C (termasuk Bahasa Inggeris) dalam peperiksaan SPM.
  • Program Asasi Sains (menuju jurusan Kejuruteraan, Kejururawatan, Fisioterapi, Bioteknologi dan Bioinformatik) – sekurang-kurangnya 5C (termasuk 2 subjek sains dan matematik) dalam peperiksaan SPM

Top Achiever Scholarship pula dibuka kepada pelajar pengajian asasi menuju jurusan perubatan, pergigian dan farmasi. Pemohon perlu mencapai sekurang-kurangnya 6A untuk biasiswa separa sebanyak 50%, 10A untuk biasiswa separa sebanyak 60% dan 9A+ dan ke atas untuk biasiswa penuh.

Di samping itu, pelajar diploma kejururawatan boleh memohon tajaan penuh daripada hospital swasta terpilih. Penajaan ini merangkumi yuran tuisyen, penginapan, elaun bulanan, makanan, dobi serta insurans perubatan. Pemohon perlu mencapai sekurang-kurangnya 5C dalam peperiksaan SPM termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan satu mata pelajaran lain.

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail