logo
logo

    Courses

    Institutions

Tarikh Pendaftaran Masuk Ke Universiti Awam Bagi Sesi 2017/2018

Afterschool Team

Afterschool Team

August 2, 2017





Esok keputusan UPU bagi lepasan STPM/Setaraf akan diumumkan. Selesai diumumkan keputusan, mesti ramai yag bertanya tarikh pendaftaran kemasukan ke universiti awam. Maklumlah untuk membuat persiapan dan sebagainya. Jadi sebagai perkongsian kami kongsikan tarikh pendaftaran bagi semua universiti awam.

 

20526324_1889265767994878_6933485168093172941_n

 

Kepada yang gagal jangan bersedih, anda masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan di fasa pertama. KLIK UNTUK BACA : RAYUAN FASA 1 & FASA 2. Pemohon yang berjaya dalam rayuan fasa pertama, akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon yang berjaya dalam ambilan pertama. Kursus yang ditawarkan adalah kursus yang masih ada kekosongan sahaja. Bukannya semua kursus ditawarkan seperti mana sebelum ini.

   

Sekiranya masih gagal dalam permohonan rayuan, pemohon akan dipertimbangkan lagi untuk rayuan fasa 2. Rayuan fasa 2 ini akan dibuka sebaik sahaja pelajar mendaftar masuk ke UA. Jumlah kursus yang ditawarkan bergantung kepada makluman pihak universiti kepada pihak UPU kursus manakah yang masih ada kekosongan. Jika anda berjaya tetapi tidak mendaftar misalnya, tempat anda akan diisi oleh pemohon rayuan fasa 2. BACA : SYARAT KELAYAKAN MEMOHON RAYUAN UPU.

 

Jadi bagi tahun ini tiada lagi istilah kursus lelong. Kursus yang ditawarkan hanya berdasarkan 12 pilihan anda sahaja. Cuma yang berbeza adalah pilihan manakah yang akan ditawarkan. Bergantung kepada markah kiraan merit kemasukan ke universiti bagi sesebuah kursus. BACA : KAEDAH MERITOKRASI TENTUKAN NASIB PEMOHON UPU. Untuk info lengkap tarikh-tarikh penting UPU, KLIK DISINI. Semoga berjaya kepada semua pemohon!.

KLIK DISINI, SEKIRANYA MAHU MENGAJUKAN SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN PERMOHONAN RAYUAN & SEBAGAINYA