Setiap biasiswa atau pinjaman yang ditawarkan tentu sahaja ada syarat umum dan syarat khas yang wajib dipatuhi. Berikut kami kongsikan syarat di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC), JPA.
SYARAT UMUM
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran pada tahun permohonan
- Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat ijazah pertama
- Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat ijazah pertama atau sarjana pada tahun 2016 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran.
- Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran A.
- Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat ijazah pertamanya
- Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2017
- Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja
- Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran
SYARAT KHUSUS
Kelayakan minima akademik adalah seperti berikut:
- Memperoleh Ijazah Kelas Pertama atau PNGK minimum 3.75 atau setaraf dengannya pada pengajian peringkat ijazah pertama/ sarjana dalam Negara atau luar Negara
- Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut:
- UNITED KINGDOM (70% & ke atas)
- AUSTRALIA / NEW ZEALAND (85%)
- JEPUN (85% A+B (50%A))
- 1 85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.