Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2021, 10:51 am
Berita baik kepada anda lepasan Diploma TVET yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti di malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meminda syarat kemasukan untuk memudahkan graduan Kolej Vokasional diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pindaan ini dibuat selepas mesyuarat Pelaksaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET: Penambahbaikan Laluan Pendidikan Graduan TVET. Untuk makluman, Diploma TVET terdiri daripada Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM DIPLOMA TVET UNTUK SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARAJA MUDA DI UNIVERSITI AWAM
Berikut dikongsikan perbandingan syarat kelayakan minimum diploma TVET untuk kemasukan ke IPTA selepas pindaan dibuat :
Kelulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Diploma Vokasioal Malaysia (DVM) yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia, memenuhi syarat kelayakan khas program mengikut jenis program yang ditetapkan oleh Senat Universiti Awam (UA) DAN Mendapat sekurang-kurangnya TAHAP 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
Kalau sebelum dipinda, anda perlu mempunyai Sijil SPM dengan kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira ATAU Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat kesetaraan dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut :
Jadi diharapkan dengan pindaan ini membuka peluang yang cerah untuk lepasan vokasional mendapatkan pendidikan tinggi sekaligus memperolehi pendapatan setanding dengan lepasan arus perdana yang lain. Anda juga boleh baca artikel berkaitan dibawah untuk panduan sekiranya ingin memilih laluan vokasional, cabaran, peluang dan kerjaya yang boleh dceburi kelak. Semoga berjaya!
Perlukan
bantuan?