STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)
Calon-calon yang memohon program penajaan ini juga dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Center (SAC) yang dijadualkan mulai 7 Ogos – 10 Ogos 2017.
Calon-calon juga dikehendaki untuk membawa dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal pada sesi SAC tersebut. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah. Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa asing perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan Negara
- Bagi pelajar sarjana / kedoktoran yang sedang atau bakal mengikuti pengajian secara penyelidikan, pelajar perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan pembentangan.
- Selain daripada kaedah pengajian di atas, pelajar sarjana yang sedang / bakal mengikuti pengajian perlu menyediakan plan of study yang telah disahkan oleh penyelia untuk rujukan panel.
- Surat tawaran tanpa syarat universiti di peringkat sarjana / kedoktoran. Sekiranya tawaran kemasukan adalah tawaran bersyarat, ia mestilah di atas sebab pengesahan sumber kewangan sahaja.
- Dokumen lain bagi pembuktian ijazah Kelas Pertama (Sekiranya tiada catatan di atas skrol ijazah).
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 14 September 2017 (Khamis) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal Esila.