STPM sebagai jalan menuju kerjaya

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 06, 2016, 02:07 pm

stpm-cemerlangHalatuju-Byline-600x200Memilih kerjaya dalam zaman sekarang ini memang sukar, terutamanya dengan persaingan yang cukup ramai dari mereka yang berkelulusan dari universiti. Kaunselor Halatuju hari ini membawa kamu semua rahsia menggunakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai jalan menuju kerjaya yang diidamkan.

Kenapa STPM?

Satu-satunya matlamat utama yang mesti ada di dalam diri setiap pelajar yang memilih untuk menduduki STPM adalah untuk memperolehi keputusan STPM yang akan melayakkan pelajar memohon untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti (khasnya universiti awam). Jadi: 1. Setiap pelajar mesti ada halatuju, mesti ada cita-cita kerjaya untuk dicapai untuk memastikan jawatan dan kelayakan akademik yang diperlukan. Untuk jawatan di sektor awam pelajar boleh semak syarat kelayakan bagi setiap jawatan di http://spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/ijazah 2. Dari situ dapatlah dikenalpasti program ijazah sarjana muda apa perlu diikuti. Kemudian, semaklah di https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php untuk mengetahui universiti awam mana yang ada menawarkan program pengajian. 3. Dan semaklah apakah syarat kelayakan di peringkat STPM yang pelajar mesti capai untuk layak memohon ke program ijazah sarjana muda berkenaan. Selain daripada menyemak sekiranya ada syarat pencapaian di peringkat SPM yang diperlukan untuk layak memohon ke ijazah sarjana muda tersebut. 4. Dan memastikan pelajar mendaftar mengambil mata pelajaran tersebut selain daripada memastikan telah memenuhi syarat di peringkat SPM, yang mana jika belum, daftarlah untuk mengulannya pada Julai 2017 (Matematik & Bahasa Malaysia) November 2017 (mata pelajaran lain). Insyaallah, jika anda telah betul-betul pasti tentang perkara-perkara yang disenaraikan di atas, pembelajaran STPM anda akan menjadi lebih mudah, kerana anda telah betul-betul tahu apakah yang anda mesti capai di dalam STPM. Yang mungkin menyebabkan anda belum rasa selesa dengan pengajian STPM adalah kerana anda sendiri pun belum jelas kenapa anda harus berada di situ (di tingkatan 6 untuk menduduki STPM). AS-Q&A-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail