Jawatan sebagai barista Starbucks adalah pekerjaan impian bagi kebanyakan lepasan SPM sementara menunggu keputusan diumumkan. Bayaran sekitar RM6 hingga RM7 sejam menjadikannya antara pekerjaan sambilan paling popular berbanding di tempat lain.

Jika sebagai barista sambilan sahaja anda boleh memperolehi bayaran sebanyak itu, inikan pula jika ada memegang jawatan dalam bahagian Pengurusan Starbucks. Berminat?. Jika berminat artikel ini akan membuka peluang untuk anda mencapai impian tersebut. Golongan Hipster suka pergi ke Starbucks tetapi anda bekerja di situ sebagai pengusus. Hari-hari boleh post Starbucks coffee dekat instagram. Lagi hebat!.
Syarat Kelayakan
Berikut kami kongsikan syarat kelayakan untuk melayakkan anda membina kerjaya bersama Starbucks.
- Memiliki minimum Ijazah Sarjana Muda
- Memiliki pengalaman kerja minimum 1 tahun
- Memiliki personaliti yang menarik berorientasikan perkhidmatan pelanggan
- Bersedia menjalani latihan selama 6 bulan

Pendedahan Program Sepanjang 6 Bulan
- Sepanjang latihan akan didedahkan dengan kemahiran penyediaan produk dan pengurusan Starbucks dengan tujuan untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan dalam industri makanan dan minuman.
- Memberi pengalaman mengendalikan karenah pelanggan, menyediakan produk berkualiti, mengekalkan persekitaran kedai yang bersih dan selesa.
Kemudahan Sepanjang Program
- Disediakan penginapan / asrama di cawangan terpilih
- Makanan & minuman disediakan secara percuma
Jika anda berminat, anda klik di sini : Program Latihan Siswazah Starbucks untuk memohon sekarang melalui Jobstreet.com.
PROGRAM BERKAITAN
https://afterschool.my/bm_old/berita/astromap-buka-peluang-graduan-untuk-bina-haluan-kerjaya-selepas-tamat-pengajian/
https://afterschool.my/bm_old/berita/tawaran-latihan-siswazah-pekerjaan-oleh-global-business-centre-gbs-asia-khas-untuk-graduan-bidang-perakaunan-kewangan-pengajian-perniagaan-sumber-manusia-atau-bidang-berkaitan/
https://afterschool.my/bm_old/berita/pg-buka-tawaran-kepada-pelajar-tahun-akhir-lepasan-siswazah-untuk-bina-kerjaya-selepas-tamat-pengajian/