SPM 2015: Calon peroleh A menurun

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 03, 2016, 06:29 pm

SPM 2015: Calon peroleh A menurun. Seramai 9,721 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, namun menurun 0.25 peratus berbanding 11,289 calon pada 2014.  SPM 2015: Calon peroleh A menurun Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata Indeks Gred Purata Nasional (GPN) 2015 turut mencatatkan penurunan 0.07 kepada 5.15 berbanding 5.08 pada 2014. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik. "Penurunan jumlah calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dan penurunan GPN bukan satu kelemahan yang ketara dan signifikan. Ia adalah dalam julat yang dibenarkan iaitu 3 peratus," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan analisis keputusan SPM 2015. "Ia juga menggambarkan turun naik prestasi murid dan berlakunya fluctuation (turun naik). Penurunan ini juga dipengaruhi jumlah calon yang menduduki SPM 2015 yang lebih rendah iaitu 440,682 calon berbanding 455,839 calon pada tahun 2014," katanya. Pada tahun lepas, beliau berkata seramai 346,681 calon (84.9 peratus) yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran layak dianugerahkan sijil, dengan 316,506 orang (91.3 peratus) ialah calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), manakala selebihnya 30,175 (8.7 peratus) adalah calon selain sekolah KPM. Beliau berkata jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengecil 0.05 iaitu 0.50 pada 2015 berbanding 0.55 pada 2014.
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail