SMATT bantu penuntut di negara Timur Tengah

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 28, 2016, 10:37 am

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) tubuhkan SMATT untuk urus hal ehwal pelajar di negara Timur Tengah. SMATT bantu penuntut di negara Timur Tengah Dalam usaha untuk menambah lebih ramai penuntut ilmu Al-Quran dan jurusan Islam, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menubuhkan Sekretariat Mahasiswa/Mahasiswi Timur Tengah (SMATT). Ditubuhkan pada 2007, SMATT memegang peranan sebagai pihak yang menguruskan penajaan dan bantuan zakat kepada pelajar yang menyambung Pengajian Islam dan Perubatan serta Pergigian di negara Timur Tengah untuk peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Kini, fungsi sekretariat ini diperkuat lagi dengan tambahan fungsi baru iaitu Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Dakwah dan Akidah, Unit Pembangunan Bahasa Arab dan al-Quran, serta Unit Pembangunan Modal Insan. Tahun ini saja, terdapat 172 pelajar diuruskan oleh sekretariat ini. Pelajar-pelajar tersebut turut menerima skim pinjaman dan bantuan zakat antara RM3,000 hingga RM36,000 mengikut jurusan pengajian.   AS-QA-600x200-1  
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail