Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 03, 2017, 10:39 pm
Perkongsian keseluruhan program yang ditawarkan oleh universiti awam menerusi portal UPU kelak diteruskan dengan siri ke VIII iaitu melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaya (UM). Seperti biasa kami ingatkan semula, perkongsian ini melibatkan semua kategori permohonan iaitu bermula dengan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf dan STAM.
Sebagai makluman, permohonan untuk ke Politeknik Premier tidak ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM ianya hanya ditawarkan kepada pemohon lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf dan STAM sahaja. Bagi anda yang terlepas perkongsian sebelum ini, klik Siri I (UPSI), Siri II (UiTM), Siri III (UTeM), Siri IV (UniSZA), Siri VI (UTHM,UMT), Siri VII (UMS,UMP).
Seperti mana yang dijanjikan, kami kongsikan senarai keseluruhan program pengajian dan syarat kelayakan yang ditawarkan oleh UKM dalam permohonan UPU yang akan dibuka pada 6 Februari kelak. Anda boleh klik pautan di bawah mengikut kategori permohonan masing-masing.
MAKLUMAN PENTING : Pemohon kategori A adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja manakala Pemohon kategori B adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2014 atau 2015. Hanya dua kategori ini sahaja yang dibuka untuk permohonan UPU untuk pemohon lulusan SPM bagi sesi akademik 2017/2018. Di UKM, permohonan untuk kategori A aliran sastera dan kategori B, kedua-dua aliran tidak dibuka.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan mengikut kategori permohonan
MAKLUMAN PENTING : Pemohon kategori A adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja manakala Pemohon kategori B adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2014 atau 2015. Hanya dua kategori ini sahaja yang dibuka untuk permohonan UPU untuk pemohon lulusan SPM bagi sesi akademik 2017/2018. Bagi UMK, kedua-dua kategori dan aliran tidak ditawarkan pada pengambilan pelajar tahun ini.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan mengikut kategori permohonan
MAKLUMAN PENTING : Pemohon kategori A adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja manakala Pemohon kategori B adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2014 atau 2015. Hanya dua kategori ini sahaja yang dibuka untuk permohonan UPU untuk pemohon lulusan SPM bagi sesi akademik 2017/2018.
Diharapkan dengan perkongsian ini membantu anda untuk membuat persediaan sebelum permohonan UPU dibuka kelak. Anda juga boleh memuat turun dan mencetak program serta kelayakan itu. Bagi perkongsian universiti awam yang seterusnya, nantikan dalam siri ke VII iaitu UPM, USIM, UNIMAP.
Perlukan
bantuan?