Siri VI : Senarai Keseluruhan Program Pengajian Berserta Syarat Kelayakan Mengikut Program yang Ditawarkan Oleh UTHM dan UMT

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 01, 2017, 06:07 pm

Perkongsian keseluruhan program yang ditawarkan oleh universiti awam menerusi portal UPU kelak diteruskan dengan siri ke VI iaitu melibatkan Universiti Malaysia terengganu (UMT) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seperti biasa kami ingatkan semula, perkongsian ini melibatkan semua kategori permohonan iaitu bermula dengan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf dan STAM.

 

Sebagai makluman, permohonan untuk ke Politeknik Premier tidak ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM ianya hanya ditawarkan kepada pemohon  lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf dan STAM sahaja.  Bagi anda yang terlepas perkongsian sebelum ini, klik Siri I (UPSI), Siri II (UiTM), Siri III (UTeM) danSiri IV (UniSZA).

 

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

 

Berikut dikongsikan senarai keseluruhan program pengajian yang ditawarkan di UMT

Pusat Pengajian Sains Asas

  • GS02 - Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)
  • GS28 - Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)

Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan

  • GC10 - Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • GC28 - Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim
  • GS08 - Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi)
  • GS43 - Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)

Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran

  •  GG15 - Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)
  • GS40 - Sarjana Muda Sains (Biologi Marin)
  • GS03 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)
  • GS44 - Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)

Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur

  • GG10 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)
  • GG27 - Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)
  • G2051 - Diploma Perikanan

Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan

  • GS04 - Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan)
  • GG09 - Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)
  • GG31 - Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai)
  • GG34 - Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman)

Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi

  •  GP04 - Sarjana Muda Kaunseling
  • GP31 - Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial)
  • GE00 - Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam)

Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim

  •  GE02 - Sarjana Muda Perakaunan
  • GP22 - Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
  • GP08 - Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan)
  • GP18 - Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan

  • GG37 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
  • GS15 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)
  • GY06 - Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)
  • GS68 - Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM MENGIKUT KATEGORI PERMOHONAN DI UMT

Seperti mana yang dijanjikan, kami kongsikan senarai keseluruhan program pengajian dan syarat kelayakan yang ditawarkan di UMT dalam permohonan UPU yang akan dibuka pada 6 Februari kelak. Anda boleh klik  pautan di bawah mengikut kategori permohonan masing-masing.  

MAKLUMAN PENTING : Pemohon kategori A adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja manakala Pemohon kategori B adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM  tahun 2014 atau 2015. Hanya dua kategori ini sahaja yang dibuka untuk permohonan UPU untuk pemohon lulusan SPM bagi sesi akademik 2017/2018.     

 

 

 

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Diploma yang ditawarkan di UTHM  

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Awam serta Teknologi
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Teknologi
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Teknologi
  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Sains Gunaan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia

Program Ijazah Sarjana Muda UTHM   

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar    

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian

  Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik  dengan kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan kepujian

  Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional)  dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Kawalan Trafik Udara)  dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang)  dengan Kepujian

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran & Operasi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Rekabentuk dan Pembuatan Perabot) Dengan Kepujian

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elektronik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Maklumat) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Web) dengan Kepujian

  Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan

  • Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian

  Fakulti Teknologi Kejuruteraan

  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Automasi Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM MENGIKUT KATEGORI PERMOHONAN DI UTHM

Berikut dikongsikan syarat kelayakan mengikut kategori  permohonan

 

MAKLUMAN PENTING : Pemohon kategori A adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja manakala Pemohon kategori B adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM  tahun 2014 atau 2015. Hanya dua kategori ini sahaja yang dibuka untuk permohonan UPU untuk pemohon lulusan SPM bagi sesi akademik 2017/2018. Walau bagaimanapun, UTHM tidak membuka tawaran untuk pemohon kategori B.

    

 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini membantu anda untuk membuat persediaan sebelum permohonan UPU dibuka kelak. Anda juga boleh memuat turun dan mencetak program serta kelayakan itu. Bagi perkongsian universiti awam yang seterusnya, nantikan dalam siri ke VII iaitu UMS, UMP dan UKM.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail