Sijil vokasional kini setara dengan SPM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kini setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, perubahan itu sejajar dengan usaha kerajaan melalui Transformasi Pendidikan Vokasional.
"KPM ingin memaklumkan bahawa Tranformasi Pendidikan Vokasional merupakan salah satu usaha untuk menyediakan peluang dan laluan pendidikan untuk semua.
"KPM ingin memaklumkan bahawa Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah setara dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon yang memperolehi PGNK Akademik sama atau lebih dari 3.33, kepujian dalam Bahasa Malaysia SVM Kod 1104, dan PNGK Vokasional melebihi 3.67," katanya dalam satu sidang media.
Melalui penyetaraan itu, katanya, pelajar lulusan Sijil Vokasional Malaysia yang layak akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Diploma Vokasional Malaysia serta boleh memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga ke Tahap 4.
Selain itu, pelajar yang lulus sijil ini juga mempunyai peluang menyambung pelajaran ke peringkat tertieri awam dan swasta, disamping meningkatkan kemahiran yang lebih tinggi melalui institusi latihan kemahiran (ILK).