Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 15, 2020, 03:33 am
Berdasarkan sidang media berkenaan, tarikh kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi pengajian asasi, diploma, matrikulasi, IPG adalah pada bulan Julai atau Ogos 2021, manakala bagi pengajian ijazah (degree) adalah pada bulan September atau Oktober 2021.
Ini memandangkan peperiksaan SPM dan SVM tahun ini (tahun 2020) akan diadakan pada tahun depan iaitu ditunda pada suku pertama tahun 2021, peperiksaan STPM semester ke-2 akan ditunda pada bulan ogos 2020, peperiksaan semester ke-3 dan STAM akan diadakan pada suku pertama 2021. Tarikh rasmi akan dimaklumkan kemudian.
Penangguhan ini hanya melibatkan calon SPM, SVM, STPM, STAM yang mengambil peperiksaan pada tahun ini sahaja. Bagi pelajar yang memohon ke IPTA/IPTS pada tahun ini, tarikh kemasukan bagi program diploma, matrikulasi, asasi, IPG, ILKA, kolej komuniti dan sebagainya adalah pada Julai-Ogos 2020. Manakala Ijazah pada September-Oktober 2020. Sebarang perubahan bergantung kepada keadaan semasa. Jadi, permohonan perlu dibuat seperti biasa. Tarikh tutup UPU adalah pada 17 April 2020. Yang ditunda adalah untuk yang mengambil peperiksaan tahun ini. Yang memohon, masih seperti biasa. Rujuk kenyataan media daripada KPM dibawah :
Untuk semak tarikh kemasukan dan kalendar akademik universiti pada tahun ini boleh klik : Tarikh Pendaftaran Masuk ke Semua Universiti Awam Sesi 2019/2020. Video penuh sidang media, boleh KLIK DISINI.
Perlukan
bantuan?