Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan - Peperiksaan UPSR & PT3 Tahun 2020 Dibatalkan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 15, 2020, 03:01 am

Berdasarkan sidang media khas kementerian pendidikan hari ini, memaklumkan peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan pada tahun ini. Keputusan ini adalah hasil perbincangan dengan semua pihak yang terlibat, guru, pihak atasan kementerian, ahli akademik dan institusi-institusi swasta. Berikut adalah kenyataan daripada sidang media tersebut. 

 

 

Menurut KPM, pembatalan ini takkan menjejaskan tahap penilaian murid kerana penilaian boleh dilakukan dengan kaedah lain yang akan diperkenalkan nanti. Memandangkan peperiksaan UPSR adalah penilaian untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh, MRSM, Maktab Tentera Diraja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), satu penilaian yang akan dilaksanakan dimana tidak tertumpu kepada prestasi akademik sahaja. Kaedah berkenaan akan dimaklumkan kelak. 

 

Bagi PT3 pula, pembatalan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan tahap penilaian murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah sama seperti UPSR juga akan dilaksanakan untuk pemilihan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik. 

 

Selain itu, pembukaan sesi sekolah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN). Perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa berdasarkan faktor keselamatan dan kesihatan. Semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, sekolah swasta , dan mana-mana sekolah yg berdaftar dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan diperlu mengikut keputusan ini. Pihak KPM juga mengalakkan sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM untuk turut mengikut keputusan ini. Video penuh sidang media, boleh KLIK DISINI.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail