logo
logo

    Courses

    Institutions

Senibina/Arkitektur

Afterschool

Afterschool

April 27, 2016





Senibina ialah seni dan sains untuk mencipta ruang dan struktur. Arkitek ialah tenaga kreatif yang memikirkan konsep dan idea dalam merekacipta dan membina kediaman, pencakar langit, monumen, taman, bandar, dan lanskap.

Hala tuju

Lembaga Arkitek Malaysia mengiktiraf beberapa program senibina yang ditawarkan di universiti Malaysia. Antara yang dapat pengiktirafan ialah:- Mulai 1 Januari 2017, pengiktirafan terhadap kursus senibina dari luar negara tidak akan diberi secara automatik.

Fokus matapelajaran

SPM
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Tambahan
  • Sains
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Geografi
  • Sejarah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
Universiti
  • Matematik Tinggi
  • Fizikal Struktur
  • Senireka
  • Perancangan Senibina
  • AutoCAD
  • Ukur Tanah
  • Grafik
  • Fasiliti Bangunan
  • Sains Kejuruteraan

Personaliti

Myers-Briggs: INTJ, INTP Ujian personaliti Myers-Briggs Holland Vocational Code: AIR (Artistic, Investigative, Realistic) Ujian personaliti RIASEC

Info Karier

 
Arkitek Merekacipta dan merancang bangunan dan struktur
Arkitek juruteknik Bekerja rapat dengan arkitek, mencari penyelesaian masalah tentang rekacipta dan penyelesaian masalah di tapak projek.
Jurukawal bangunan Memastikan bangunan mengikut undang-undang keselamatan apabila bangunan sudah direka dan dibina.
Perancang bandar Membuat perancangan jangka masa sederhana dan panjang bagaimana untuk merancang pembangunan bandar, pekan, taman perumahan.
Jurulanskap Merekabentuk taman, tempat riadah, lanskap, arca dsb.
Juruteknik bangunan Membantu arkitek, pegawai teknikal dan juruukur dalam pembinaan sesebuah projek.
 

Gaji

Permulaan: RM 1.600 – RM 2,500 Eksekutif Muda: RM 2,200 – RM 3,400 Eksekutif Senior: RM 3,600 – RM 7,000 Pengurus: RM 6,500 – RM 10,000 Pengurus Senior: RM 7,500 – RM 13,500

Peluang kerja

Malaysia mempunyai lebih 2,000 arkitek yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia tetapi 2,000 masih belum berbuat demikian, dan dengan sektor pembinaan yang berkembang, kerjaya ini mempunyai peluang yang luas untuk diceburi. Kerjaya arkitek dijangka memerlukan tugas yang lebih kompleks kerana permintaan orang ramai yang semakin kompleks dari segi rekabentuk, serta memerlukan kepakaran dalam teknologi hijau, kerana kebanyakan bangunan yang dibina pada abad ke-21 mahu mendapat pengiktirafan dari LEED (Leader in Energy and Environmental Design).

Pautan luar

Lembaga Arkitek Malaysia Pertubuhan Akitek Malaysia Institute of Landscape Architects Malaysia
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background