Umum ketahui bahawa kemasukan ke Institut Latihan Kemahiran mulai sesi pengambilan tahun 2017 dikendalikan oleh UPU bermula daripada proses permohonan hinggalah kepada pemilihan.

Terdapat 4 buah Insitusi Latihan Kemahiran yang ditawarkan dibawah UPU iaitu :
- Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Akademi Kemahiran belia Golf (AKBG)
- Jabatan pendidikan Kolej Komuniti (JPPK)
- Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)
- Politeknik Konvensional
- Politeknik METrO
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
- Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan
DASAR PEMILIHAN PELAJAR ILKA
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai :
- 15% Status Sosio-Ekonomi (SES) meliputi pendapatan, tanggungan dan tempat tinggal
KRITERIA PEMILIHAN
Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:
- Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
- Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
- Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian/ kursus dipohon
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
- Memenuhi syarat khas program pengajian/ kursus seperti yang ditetapkan oleh Agensi/ Institusi
- Program pengajian/ kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan
- Bilangan tempat yang disediakan oleh Agensi/ Institusi
SENARAI PROGRAM & CARA MENYEMAK SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PENGAJIAN
Semua program pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Ambilan Tahun 2017 boleh didapati dalam e-Panduan menerusi laman rasmi UPU. Pemohon hanya perlu pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan, pilih kategori lepasan SPM/Setaraf dan klik butang MASUK.
Pemohon boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut Agensi/ Institusi. Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan khas yang telah ditetapkan