Afterschool
April 9, 2017
Masih tercari-cari biasiswa?. Usah risau, masih banyak lagi biasiswa yang baru dibuka dan ada yang masih belum ditutup. Jadi, jika belum mendapat panggilan temuduga itu, bersabar kerana dalam hidup perlu ada usaha dan paling penting kesabaran. Tanpa berbicara lanjut kami kongsikan tawaran biasiswa yang baru dibuka pada bulan ini berserta jurusan yang boleh dipohon.
Anda mahukan biasiswa bukan pinjaman?. Daftar Profil dan kami kongsikan biasiswa terkini!program biasiswa ini di bawah tajaan Belt & Road Scholarship untuk pengajian di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD bagi kemasukan akademik 2016-2017 di Hong Kong. Jurusan yang ditawarkan adalah bergantung kepada universiti yang ditawarkan sahaja. Untuk lihat senarai universiti, kelayakan, kaedah permohonan boleh klik biasiswa Kerajaan Hong Kong 2017.
Lembaga Tabung Haji menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk menlanjutkan pengajian di peringkat Kolej Matrikulasi atau pra universiti atau mana-mana IPTA dalam negara dengan pengajian secara sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan. Bidang yang boleh dipohon adalah:
Sains/Kejuruteraan
(Teknologi, Sains Fizik, Sains Teknologi Makanan, Arkitek dan semua bidang kejuruteraan)
Perniagaan
(Perbankan, Kewangan Korporat, Perakaunan, Pelaburan, Aktuari, Hospitaliti, Pemasaran, Ekonomi, dan pengurusan harta)
Umum
(Semua bidang dalam pengajian islam, komunikasi, psikologi, perladangan, sumber manusia dan undang-undang) d
Profesional
(Chartered Institute of Management Accountant (CIMA), Association of Chartered Certified Accountant (ACCA), Certified Public Accountants (CPA), Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA))
Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Tabung Haji 2017.
Kumpulan Wang Biasiswa Top Glove telah ditubuhkan dengan objektif untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk mengikuti kursus ijazah pertama secara sepenuh masa di universiti-universiti awam tempatan. Biasiswa ini ditawarkan untuk bidang Mekanikal / Elektrik / Kejuruteraan Kimia, Chemistry / Bio Kimia / Fizik / Matematik, Sains Polimer / Sains Gunaan, Perubatan, Pergigian, Undang-undang dan Kejuruteraan awam. Klik disini untuk permohonan.
Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang berkemampuan. Biasiswa ini diberikan untuk mana-mana kursus atau bidang pengajian di peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau Kursus Diploma di universiti awam dan swasta yang diiktiraf dan di Malaysia. Klik disini untuk permohonan.
Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang telah mendapat tawaran dari mana-mana institusi pendidikan terkemuka (iaitu universiti terkemuka di Malaysia / dunia) atau sedang mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa. Jurusan yang layak memohon adalah :
Pengajian IPT dalam negaraProgram penajaan 9A+ tahun 2017 merupakan penajaan automatik kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2016 yang mendapat keputusan 9A+ dan ke atas untuk melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS dalam negara sahaja. Calon yang menerima biasiswa ini akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Pemboleh Ubah untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke Ijazah Pertama di IPTA/IPTS tempatan yang ditetapkan oleh JPA. Ini bermakna pelajar akan mengikuti program persediaan pra-universiti di dalam negara yang ditetapkan oleh JPA sebagai syarat kelayakan mengikuti program ijazah pertama (degree) iaitu :
Jadi apa tunggu lagi?. Buatlah permohonan sekarang sementara permohonan masih dibuka!. Jangan saat-saat akhir baru hendak memohon. Hentikanlah buat semua benda disaat akhir iteww. Hiks!. Untuk terus mendapatkan tawaran biasiswa terkini, terus layari laman portal kami di bahagian biasiswa!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.