Senarai Biasiswa yang Ditawarkan untuk Semua Bidang Pengajian!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 12:53 pm

Majoriti biasiswa kini ditawarkan mengikut jurusan tertentu sahaja. Sangat mengecewakan jika anda sudah memenuhi syarat kelayakan akademik tetapi bila merujuk kepada jurusan, anda tidak layak!. Maklum sahajalah biasiswa yang ditawarkan majoritinya daripada syarikat-syarikat besar. Mereka mahukan pelajar dibawah tajaan mereka mengikat kontrak dengan syarikat selepas tamat pengajian.

 

Jika jurusan yang tidak ada kena mengena dengan pengurusan atau perniagaan syarikat, tentulah rugi sahaja menanggung kos pengajian tanpa mendatangkan apa-apa kepentingan kepada syarikat. Oleh itu, menerusi artikel ini, kami kongsikan senarai biasiswa yang boleh dipohon oleh semua jurusan. Kami ulang SEMUA JURUSAN. Jangan ada yang bertanya lagi jurusan apa yang boleh dipohon!.

 

Biasiswa Hong Leong

(Semua jurusan di semua universiti awam & swasta)

 

 

Biasiswa ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur antara 17 - 25 tahun dan berlatar belakangkan keluarga yang kurang berkemampuan. Pelajar yang sedang dalam pengajian Diploma atau program Ijazah di mana-mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf layak untuk memohon. 

 

Biasiswa Lion-Parkson

(Semua jurusan di semua universiti awam & swasta)

 

Biasiswa Lion-Parkson ditawarkan oleh Lion Group untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan sumber manusia di negara ini. Biasiswa ini terbuka pelajar yang sedang memohon untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa ijazah pertama (kursus 1st Degree) dan yang telah menerima tawaran kemasukan ke Universiti Awam dan Swasta yang diiktiraf di Malaysia. 

 

Biasiswa Khazanah Global & Khazanah Watan 

(Semua jurusan di universiti terkemuka di seluruh dunia)

 

Yayasan Khazanah menawarkan dua biasiswa untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian bermula di peringkat asasi sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) ke universiti terbaik di seluruh dunia iaitu di bawah biasiswa Khazanah Global dan Khazanah Watan. 

Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman 

(Semua jurusan di semua universiti awam & swasta)

 

Tawaran biasiswa ini dibuka kepada Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas . Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajian masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun. 

 

Biasiswa Kerajaan Korea

 (semua jurusan di universiti korea)

 

kerajaan Korea menerusi kedutaanya telah membuka tawaran peluang melanjutkan pengajian ke universiti-universiti yang terletak di Korea. Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian dalam  sarjana dan PhD di Korea. 

 

Program Khas Biasiswa Selangorku 

(Semua jurusan di UNISEL & KUIS)

 

Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah. Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik. 

 

Biasiswa Petronas dalam & Luar Negara 

(Semua jurusan di Universiti teknologi Petronas (UTP))

 

Petronas membuka tawaran biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang ditawarkan oleh Petronas di UTP. Biasiswa ini dibuka pada setiap tahun, pada tahun sekitar Februari- Mac.

 

Biasiswa Yayasan Kuok Berhad

(Semua jurusan di  Universiti Awam di Malaysia dan Singapura)

 

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di Universiti Awam Malaysia dan Singapura dalam semua jurusan. Biasiswa ini dibuka pada setiap tahun sekitar Februari-Mac.

 

Jadi kepada anda yang tidak memenuhi syarat kelayakan disebabkan oleh kursus yang diambil tidak memenuhi kriteria biasiswa yang ditawarkan, bolehlah memohon biasiswa yang disenaraikan ini. Setiap tahun ianya dibuka untuk permohonan. 

 

PERHATIAN :

SILA RUJUK TERUS LAMAN RASMI AFTERSCHOOL BAHAGIAN BIASISWA UNTUK SEMAK BIASISWA TERKINI DARI MASA KE SAMA. KLIK PAUTAN BERIKUT : https://afterschool.my/bm/biasiswa

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail