Afterschool
June 15, 2017
Kepada anda yang gagal dalam permohonan sebelum ini, anda boleh membuat semakan keputusan rayuan permohonan bagi program sijil dan diploma untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti & ILKA.
Berminat belajar kemahiran secara percuma? Daftar profil bersama kami untuk memudahkan kami membantu anda.Anda boleh menyemak menerusi sistem yang akan dibuka pada 16 Jun 2017. Semakan boleh terus dibuat ke portal institusi berkenaan. Berikut kami kongsikan laman semakan terus ke portal institusi-institusi tersebut :
ILKBS : https://ekampus.kbs.gov.my/site/login (Semakan bermula jam 3.00 pm)
Politeknik : http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp (semakan bermula jam 5.00 pm)
Kolej Komuniti : http://online.jpkk.edu.my/esemakan/ (semakan bermula jam 12.00 pm)
NATC : http://atpis.moa.gov.my/V4/result/ (semakan bermula jam 12.00 pm)
Sekiranya ada dalam kalangan anda yang masih gagal dalam permohonan rayuan atau tidak berminat dnegan program yang ditawarkan, jangan bersedih masih ada lagi harapan untuk anda masuk ke institusi pengajian kemahiran lain secara percuma!. Percuma?. Ya secara percuma, anda boleh rujuk pada pautan institusi latihan kemahiran dibawah dan program yang ditawarkan untuk lepasan SPM.
Kedah Industrial Skills and Management Development (KISMEC)
Johor Skills Development Centre (PUSPATRI)
Pahang Skills Development Centre
Selangor Human Resources Development Centre
Penang Skills Developments Centre
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
Perak Entrepreneur & Skills Development Centre
Boleh semak senarai kursus yang ditawarkan berserta dengan kelayakan. Jika berminat buatlah permohonan tidak rugi jika anda belajar kemahiran kerana 80% pelajar kemahiran ditawarkan bekerja selepas tamat pengajian kerana kemahiran yang dimiliki. Semoga berjaya kami ucapkan.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.