
Afterschool Team
October 2, 2017
Anda yang telah tamat pengajian degree tentu sahaja ada diantaranya berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah. Maklum sahaja, pembentangan #bajet2018 pada hari jumaat yang lalu membawa berita gembira dimana biasiswa Mybrains15 diteruskan. Maka inilah masa anda untuk anda menyambung pengajian!. Bagaimana hendak memohon?. Jika pautan kemasukan ke universiti awam untuk pengajian diploma/asasi/ijazah sarjana muda adalah melalui UPU dan juga laman rasmi universiti. Bagaimana pula dengan permohonan untuk pasca siswazah?. Pautan permohonan untuk pengajian siswazah juga adalah melalui portal kemasukan universiti.
Untuk pengetahuan anda, permohonan kemasukan ke pengajian pasca siswazah di majoriti universiti awam dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun pengambilan, setiap tahun biasanya dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Untuk permohonan master/PhD ke UiTM misalnya, permohonan boleh dibuat mulai sekarang hinggalah ke 30 Oktober 2017 bagi kemasukan februari tahun 2018. Permohonan adalah melalui portal universiti masing-masing. Untuk universiti lain, boleh memohon tetapi jika permohonan telah pun ditutup, permohonan akan diproses untuk kemasukan sesi seterusnya.
Berikut kami kongsikan pautan permohonan mengikut universiti. Anda boleh klik untuk buat semakan kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan, yuran pengajian, permohonan dan sebagainya.
Jadi kepada anda yang berminat, boleh klik pada pautan yang kami kongsikan untuk membuat permohonan. Sekiranya tela berjaya dalam permohonan dan mendapat surat tawaran. Bolehlah anda mula memohon Mybrains15. Untuk info permohonan MyBrains15 Mymaster KLIK DISINI. Semoga berjaya!