Afterschool
December 30, 2016
Ibu bapa dan penjaga yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Tingkatan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk anak / jagaan masing-masing bagi sesi pengambilan tahun 2017, boleh membuat semakan status keputusan permohonan dan tawaran secara atas talian (online) dan SMS bermula 20 Disember 2016.
Tarikh semakan keputusan tersebut boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi Kementerian menerusi Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2017. Pengguna hanya perlu log masuk akaun Pengguna Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) dengan menggunakan maklumat Daftar Masuk (No Kad Pengenalan dan Kata laluan) yang sama seperti membuat permohonan sebelum ini.
Bagi semakan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Berikut merupakan format yang digunakan :
Taipkan: MOE (jarak) SKKAWALAN (jarak) Angka Giliran UPSR
Contoh: MOE SKKAWALAN ZZ0000001 hantar ke 15888
Bagi pertanyaan terus kepada Sekolah Kawalan yang berkenaan. Klik di sini, untuk mendapatkan senarai sekolah beserta alamat dan nombor telefon. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan semakan anda. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.