Afterschool
June 7, 2018
Keputusan peperiksaan Matrikulasi akan diumumkan pada 13 Jun 2018 bermula jam 10.00 pagi. Keputusan ini penting kepada anda yang mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA untuk pengajian peringkat ijazah kelak. Keputusan anda nanti akan mempengaruhi peluang dan kursus yang layak dipohon berdasarkan keputusan akademik akhir yang diperolehi. Jika ada dalam kalangan anda yang ingin menukar pilihan program pengajian selepas keputusan diumumkan, anda perlu mengemaskini permohonan UPU menerusi sistem UPUonline FASA 2.
Berikut adalah hebahan daripada pihak KPM mengenai tarikh dan panduan semakan keputusan peperiksaan bagi calon PSPM, PST, Semester II, Sesi 2017/2018 dan PSPM, PDT, Semester II & IV, Sesi 2017/2018.
Kepada yang mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan itu kelak, anda boleh membuat rayuan semak semula keputusan dengan merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.
Sebaik sahaja keputusan diumumkan nanti, anda yang mengemukakan permohonan melalui UPU perlu membuat kemaskini permohonan UPU di Sistem UPUOnline Fasa 2. Permohonan fasa 2 ini akan dibuka pada 28 Jun hingga 2 Julai 2018 melibatkan pemohon lepasan matrikulasi dan asasi.. Berikut adalah panduan dalam permohonan fasa 2.
Suka diingatkan, permohonan FASA 2 ini hanya untuk mereka yang telah mengemukakan permohonan di FASA 1 sebelum ini. Permohonan Fasa 2 dibuka bertujuan untuk memberi laluan kepada pemohon lepasan matrikulasi dan asasi untuk membuat kemaskini permohonan dengan memilih pilihan program yang melepasi syarat kelayakan berdasarkan keputusan akhir yang diperolehi mereka sahaja. Jadi buatlah pilihan kursus yang terbaik sesuai dengan minat dan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian ijazah kelak. SEMOGA BERJAYA!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.