Semak Perkara Wajib yang Perlu Anda Tahu Sebelum Setuju Terima Tawaran UPU ONLINE SPM Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 15, 2022, 12:04 pm

Tahniah diucapkan kepada anda yang berjaya dalam permohonan UPU ONLINE SPM SETARAF. Walau bagaimanapun, sebelum anda setuju terima tawaran, berikut adalah beberapa perkara yang WAJIB DISEMAK terlebih dahulu bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan anda tidak menyesal di kemudian hari.

 

 

Minat terhadap program pengajian yang ditawarkan

Adakah anda berminat dengan program pengajian yang ditawarkan tersebut. Jika anda kurang pasti program pengajian yang ditawarkan tersebut merupakan minat anda atau sebaliknya, boleh jalani inventori minat kerjaya yang akan tentukan kesesuaian program pengajian tersebut dengan minat anda. 

Selain itu, anda boleh juga buat perbandingan di antara program pengajian dan universiti mana satu yang lebih penting. Ini kerana, kadang kala anda setuju terima tawaran kerana ingin sambung belajar di universiti berkenaa sedangkan program pengajian yang ditawarkan bukanlah menjadi minat anda. 

 

Potensi kerja selepas tamat pengajian

Adakah program pengajian yang ditawarkan mempunyai peluang pekerjaan yang luas selepas tamat pengajian kelak? Suka diingatkan, sambung belajar tanpa tahu halatuju dan peluang kerjaya akan memakan diri di kemudian hari. Banyak kesan burukkan. Sudah lah wang habis dilaburkan untuk pendidikan, tamat belajar menganggur pula. Jadi, kami nasihatkan anda untuk semak kursus pengajian dibawah universiti awam yang senang dapat kerja dan 10 bidang pengajian yang susah dapat kerja  

Selain itu, anda juga bolh menyemak senarai pekerjaan terkini yang popular ditawarkan oleh majikan menurut Jobstreet iaitu laman web carian kerja paling popular di Malaysia dan kerjaya baru yang mendapat permintaan yang tinggi pada masa hadapan serta senarai pekerjaan terkini yang ditawarkan oleh majikan menurut Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), yang antara bertanggungjawabnya adalah memastikan para graduan dan modal insan yang sedang meningkat naik dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri pekerjaan semasa.

 

Reputasi dan kualiti IPTA yang ditawarkan

Adakah universiti yang ditawarkan dibawah UPU online tersebut merupakan antara universiti awam terbaik di Malaysia dan bagaimana cara untuk mengetahui universiti tersebut adalah dalam kalangan yang terbaik?. Caranya adalah dengan menyemak senarai terkini universiti terbaik di Malaysia mengikut ranking QS World University selain senarai IPTS terbaik di Malaysia mengikut ranking dunia

QS World University Ranking mengukur prestasi universiti seluruh dunia termasuk dari Malaysia. Penilaian dibuat dari segi kebolehpasaran graduan yang dapat kerja lepas tamat belajar, kualiti pembelajaran daripada tenaga pengajar, kemudahan yang disediakan, jumlah pelajar tempatan dan antarabangsa, reputasi akademik dan banyak lagi.

Sekiranya universiti yang ditawarkan tersebut tidak tersenarai, anda perlu fikirkan semula untuk terima tawaran. Pemilihan universiti penting seiring dengan program pengajian. Universiti yang bagus mempunyai tenaga pengajar yang cemerlang, graduan yang tamat pengajian mudah mendapat pekerjaan, kemudahan pembelajaran yang lengkap dan banyak lagi. Jadi, pemilihan universiti juga sangat penting selain program pengajian.

 

Bandingkan laluan pra universiti lain sekiranya menolak tawaran UPU

Jadi, bagaimana jika program pengajian dan universiti yang ditawarkan bukan menjadi pilihan anda, apa pilihan lain untuk anda sambung belajar? Anda boleh bandingkan setiap laluan pra universiti, kelebihan berserta kelemahan sebagai panduan sekiranya berhasrat untuk menolak tawaran UPU ONLINE. Berikut antara artikel perbandingan laluan pra universiti selepas SPM :

 

Akhir kata, jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian sambung belajar ke kursus yang diminati jika tidak berjaya ditawarkan ke universiti awam. Banyak lagi pilihan lain yang lebih baik selain peluang kerja terbentang luas selepas tamat pengajian. Ingat pemilihan kursus pengajian sangatlah penting berbanding universiti. Apa yang anda belajar itulah yang akan dipraktikan di alam pekerjaan kelak. 

Klik untuk menyemak info pendidikan terkini

Klik untuk menyemak biasiswa terkini bagi semua tahap pengajian

Klik untuk semak senarai universiti berserta syarat kelayakan, yuran pengajian, silibus pengajian dan lain-lain

Klik untuk semak kursus pengajian yang ada potensi kerja

 

SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail