Afterschool
May 16, 2021
Masih ramai yang melepaskan peluang untuk sambung belajar secara percuma melalui tajaan biasiswa. Ini kerana ramai yang beranggapan hanya pelajar cemerlang sahaja yang akan layak untuk ditawarkan biasiswa. Tanggapan itu adalah salah kerana banyak sahaja biasiswa yang ditawarkan meletakkan kelayakan yang rendah. Asalkan anda memenuhi syarat kelayakan akademik dan syarat-syarat lain yang diletakkan, anda boleh memohon.
Untuk makluman anda, kebanyakan biasiswa ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta dan organisasi bukan berasaskan keuntungan berbanding yang ditawarkan oleh kerajaan. Selain itu, biasiswa juga ditawarkan oleh Institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berbanding IPTA yang jarang sekali menawarkan biasiswa kepada pelajar. Jadi kenapa tidak anda mohon sahaja sambung belajar ke IPTS? Sijil diiktiraf dan kebanyakan IPTS juga lebih baik ranking akademiknya berbanding IPTA.
Salah sebuah IPTS yang banyak menawarkan biasiswa untuk lepasan SPM, STPM, O-Level, A-Level, UEC, Foundation Studies dan Diploma adalah Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). Berikut disenaraikan keseluruhan biasiswa dan bantuan kewangan lain yang boleh dipohon sekiranya anda melanjutkan pengajian ke IUKL.
Biasiswa IUKL
Biasiswa IUKL ditawarkan untuk semua kategori pemohon terdiri daripada lepasan SPM, STPM, O-Level, A-Level, UEC, Foundation Studies dan Diploma. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk kategori biasiswa dan kriteria kelayakan yang telah ditetap :
Untuk makluman,biasiswa diberikan untuk semester 1 SAHAJA dan hanya boleh dipohon oleh pelajar Malaysia sahaja. Bagi semester 2 dan seterusnya, anda boleh memohon Skim Pengecualian Yuran Pengajian.
Biasiswa IUKL Media Education Fund Scholarship
Sebagai tambahan kepada Biasiswa IUKL, IUKL juga bekerjasama dengan dua dana pendidikan media utama negara untuk memberi peluang kepada pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke Pengajian Tinggi. Skim biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar dalam pelbagai bidang pengajian di peringkat diploma dan ijazah. Paling menarik mengenai biasiswa ini, ianya tidak mempunyai sebagai ikatan perjanjian perkhidmatan sekiranya tamat pengajian kelak. Dua dana pendidikan media berkenaan adalah :
The Star Education Fund
IUKL Sport Excellence Scholarship
Biasiswa ini ditawarkan sebagai penghargaan kepada pelajar dengan pencapaian sukan yang cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan. Biasiswa ini adalah untuk pelajar Malaysia dan Antarabangsa yang telah mewakili negeri atau negara dalam sebarang pertandingan sukan, tiga tahun sebelum menyertai IUKL. Pelajar akan mendapat biasiswa 50% atau 100% bergantung kepada kelayakan mereka.
Skim Pengecualian Yuran IUKL (IUKL Tuition Fee Waiver)
Skim Pengecualian Yuran Tuisyen IUKL ditawarkan kepada semua pelajar setiap semester. Skim ini menawarkan potongan 50% dari yuran pengajian semester bagi pelajar ijazah sarjana muda yang berjaya mengekalkan IPK dan PNGK 3.75 ke atas setiap semester. Ini adalah inisiatif IUKL untuk mendorong pelajar menumpukan perhatian dan cemerlang dalam pelajaran mereka, sekaligus mengurangkan beban pelajar dan ibu bapa. Apabila anda memperoleh markah yang lebih tinggi, anda akan membayar yuran pengajian yang lebih rendah. Jadi, jika mahu potongan setiap semester, belajarlah bersungguh-sungguh. Untuk info penuh, boleh KLIK DISINI.
Biasiswa Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Scholarship (MIS)
Kerajaan Malaysia menawarkan Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MIS) untuk menarik bakat terbaik dari seluruh dunia untuk mengikuti pengajian akademik lanjutan di Malaysia. Ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Malaysia untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berbakat dari luar negara. Pelajar antarabangsa yang berbakat dengan rekod akademik yang cemerlang dan latar belakang kokurikulum boleh memohon MIS dan melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti awam dan swasta Malaysia yang terpilih dan mapan.Biasiswa ini terbahagi kepada dua kategori pengajian iaitu pascasiswazah dan pasca doktoral. Untuk maklumat lebih lanjut, sila KLIK DISINI.
Bantuan Zakat IUKL
Zakat adalah salah satu rukun Islam yang mustahak bagi setiap orang Islam yang stabil dari segi kewangan. Zakat adalah perbuatan ibadah yang harus dilakukan oleh setiap orang Islam untuk menolong orang Islam yang kurang bernasib baik. Di IUKL, mereka menyediakan "Bantuan Zakat" untuk pelajar yang memerlukan. Kriteria Permohonan adalah :
Untuk info lanjut mengenai Bantuan Zakat yang ditawarkan oleh IUKL boleh KLIK DISINI.
Skim Diskaun Berkumpulan IUKL (IUKL Group Discount Scheme)
Potongan harga ini ditawarkan kepada pelajar yang datang secara berkumpulan semasa mendaftar di IUKL. Skim diskaun ini boleh digunakan untuk pelajar Malaysia dan antarabangsa dengan minimum dua pelajar dalam satu kumpulan. Potongan harga sebanyak RM1,000.00 akan diberikan kepada setiap pelajar pada semester pertama. Potongan harga adalah untuk semua program pengajian kecuali Intensive English Programme. Setiap pelajar dalam kumpulan mestilah pelajar yang mendaftar secara sepenuh masa dan pada semester yang sama di IUKL untuk mendapat potongan harga tersebut.
Skim Diskaun Saudara IUKL (IUKL Sibling Discount Scheme)
Skim ini ditawarkan kepada pelajar dengan adik beradik yang pernah belajar atau sedang belajar di IUKL. Skim ini boleh digunakan untuk pelajar Malaysia dan Antarabangsa dengan potongan sebanyak RM1,500.00 untuk yuran pengajian di IUKL. Potongan harga terpakai untuk semua program pengajian kecuali untuk Intensive English Programme (IEP). Pelajar mesti didaftarkan sebagai pelajar IUKL sepenuh masa sebelum memohon skim diskaun saudara.
Banyak kan bantuan yang ditawarkan? Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang untuk menyambung pengajian dengan tajaan biasiswa atau sekurang-kurang diskaun yang dapat membantu meringankan beban ibu bapa. Untuk info lebih lanjut mengenai IUKL, program pengajian yang ditawarkan, yuran pengajian, struktur program, tarikh pengambilan, tempoh pengajian dan sebagainya boleh KLIK DISINI. Semoga berjaya!
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.