SEGi & School of Skills Memeterai Memorandum Perjanjian

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 01, 2021, 09:30 am

SEGi College Subang Jaya (SEGi) baru-baru ini menandatangani memorandum perjanjian bersama School of Skills (SOS) miliki CKL Group. Perjanjian ini bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar dari SOS untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi. Selain daripada menawarkan yuran yang berpatutan kepada pelajar SOS, SEGi juga akan memberikan peluang akademik bukan hanya di peringkat Diploma tetapi juga di peringkat ijazah dengan kerjasama University of Sunderland, UK. Kerjasama ini juga akan membuka pintu kepada fakulti dari kedua-dua institusi untuk terlibat dan bertukar idea serta kepakaran. Di samping itu, kerjasama ini turut memberi peluang mencipta kesedaran untuk projek jangkauan sekolah yang berfokuskan pada teknik dan teknologi automotif.

 Photo 1 - Dari kiri: 1. Encik Clement Lim, Pengarah Urusan Bersama CKL Group 2. Encik Calvin Chan, Pengetua, SEGi College Subang Jaya

 Dari kiri: Encik Clement Lim, Pengarah Urusan Bersama CKL Group dan Encik Calvin Chan, Pengetua, SEGi College Subang Jaya

 

Turut hadir untuk merasmikan majlis tersebut ialah Encik Calvin Chan, Pengetua, SEGi College Subang Jaya; Encik Clement Lim, Pengarah Urusan Bersama CKL Group; dan Encik Ken Foo, Ketua Pengarah Operasi School of Skills.

 

Encik Calvin Chan, Pengetua, SEGi College Subang Jaya berkata, “Kerjasama ini memainkan peranan penting untuk melengkapkan generasi masa depan dengan kemahiran penting yang diperlukan untuk cemerlang dalam kerjaya mereka. Kami memberi penekanan yang tinggi untuk menarik minat pelajar melalui pendekatan pengajaran dan pada masa yang sama memupuk kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan komunikasi.”

 

“Tujuan kerjasama dua hala ini adalah untuk memberi kesedaran di kalangan belia dan generasi akan datang di Malaysia, secara khusus dalam bidang kejuruteraan. Objektif kami untuk mendorong minat mereka memasuki alam pekerjaan dalam industri automotif, yang merupakan sebuah pasaran pesat berkembang, bukan hanya di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

 

Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat di SEGi memberi penekanan terhadap pendidikan berpusatkan pelajar yang disampaikan melalui kaedah inovatif dengan menggunakan kemudahan terbaru dan canggih. Di SEGi, pelajar dilatih untuk meningkatkan pengetahuan yang berkaitan dengan industri melalui akses ke makmal dan bengkel untuk mengembangkan kemahiran kejuruteraan mereka. Program akademik di SEGi dirancang untuk memenuhi keperluan industri automotif yang didorong oleh Revolusi Industri (IR) 4.0.

 

Encik Clement Lim, Pengarah Urusan Bersama CKL Group mengatakan, “Kerjasama SOS - SEGi adalah kunci bagi pelajar kami untuk mengenali nilai-nilai yang dibawa oleh SOS untuk masa depan mereka. Bersama SEGi, kami dapat menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada satu cara untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan iaitu melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ini adalah inisiatif yang kami tekankan, terutama sekali semasa pandemik COVID-19 ini untuk memastikan kelangsungan pembelajaran pelajar kami. "

 

“Dasar Automotif Nasional Malaysia (NAP) 2020 terbaru telah menyusun semula pelan tindakan bagi menjadikan sektor automotif negara lebih berdaya saing dan maju. NAP 2020 mensasarkan untuk meningkatkan industri automotif Malaysia dalam era transformasi industri digital dari 2020 hingga 2030, sehingga membolehkan Malaysia mampu mewujudkan “Connected Mobility”. Hal ini sekali gus mampu mendorong pertumbuhan baru melalui integrasi teknologi yang bersesuaian dengan IR 4.0,” tambahnya lagi.

 

Tentang School Of Skills (SOS)

School Of Skills (SOS) bertujuan untuk menyediakan pendidikan dan latihan terbaik kepada pelajar dan pengalaman persekitaran pembelajaran positif yang akan melengkapkan mereka untuk menempuh kerjaya yang cemerlang dalam bidang yang mereka minati. SOS adalah institusi pendidikan yang memberikan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran, mempromosikan kejayaan pelajar, dan menyokong pembangunan ekonomi. Pasaran pekerjaan yang kompetitif hari ini memerlukan pekerja untuk dilatih dengan baik dalam kemahiran teknikal dan profesional. Hal ini merupakan tujuan CKL memulakan SOS. ‘SOS’ bermaksud ‘School of Skills’ di mana kami memberikan pengalaman pendidikan di dunia nyata untuk mempersiapkan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan mereka.

 

Tentang SEGi College Subang Jaya

SEGi College Subang Jaya membuka pintunya pada Januari 2006. Kampus ini terletak di dalam ‘college belt’ Subang Jaya dan mempunyai kapasiti untuk menampung sehingga 6,500 pelajar.

 

Ia boleh diakses dengan mudah melalui pengangkutan awam dan lebuh raya utama di sebelah kompleks beli-belah The Summit dan Damen Mall. Kolej ini berada dalam jarak 5 minit berjalan kaki ke stesen USP 7 Light Rapid Transit (LRT) dan Bus Rapid Transit (BRT).

 

SEGi College Subang Jaya menawarkan program dari peringkat asasi dan diploma hingga ke peringkat pascasiswazah dalam pelbagai bidang seperti Perniagaan dan Perakaunan, Teknologi dan Inovasi, serta Kejuruteraan. Kolej ini juga merupakan pusat terkemuka untuk program Seni Kreatif dan Reka Bentuk, program Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Program Ijazah Amerika yang kini semakin popular.

 

SEGi College Subang Jaya komited untuk menyediakan program yang diiktiraf dengan menggunakan kaedah pengajaran dan penyelidikan yang inovatif untuk menghasilkan graduan bertaraf dunia dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh industri. Sebagai bukti, kampus ini adalah pemenang anugerah MyQuest Enam Bintang (Highly Competitive) tertinggi selama lima tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2019.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail