SACE International & AUSMAT

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 11, 2016, 05:24 pm

SACE International & AUSMATSACE International & AUSMATSACE International: South Australian Certificate of Education (dahulunya dikenali sebagai South Australian Matriculation atau SAM) AUSMAT: Australian Matriculation Kedua-duanya diiktiraf sebagai program pra-universiti yang ditawarkan oleh institusi pengajian swasta. Program ini berada di Malaysia sejak 30 tahun dan ia setaraf dengan program Tahun 12 pra-universiti di Australia. Perbezaannya ialah program SACE dijalankan oleh kerajaan Australia Selatan, manakala AUSMAT dijalankan oleh kerajaan Australia Barat.

Kenapa pilih kursus ini?

AS-BM-SMA-SACE, SACE International & AUSMAT

Anda boleh menamatkan kursus ini dalam masa setahun atau kurang dengan 5 SUBJEK SAHAJA.

Syarat masuk

Pelajar harus mempunyai 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Inggeris untuk layak ke AUSMAT atau SACE International.

Pilihan matapelajaran

Pelajar dikehendaki mengambil 5 subjek termasuk Bahasa Inggeris. SACE memberi pilihan kepada pelajar 100 peratus. Pelajar boleh merujuk kepada kaunselor mereka untuk mengejar cita-cita impian. Mulai 1 September 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan semua pelajar untuk mengambil mata pelajaran umum (MPU) iaitu: Komponen U1: Pengajian Malaysia 1 (untuk pelajar Malaysia) atau Bahasa Melayu Komunikasi 1 (untuk pelajar antarabangsa) Komponen U2: Pembangunan Jatidiri 1 dan Bahasa Kebangsaan 1 Komponen U3: Seni dan Budaya Malaysia

Kaedah Penilaian

Tahun pengajian:  Walaupun ia adalah program dari Australia, pelajar perlu mengambil Pendidikan Islam/Moral dan pengajian Malaysia. Sebagai tambahan, pelajar juga perlu menduduki peperiksaan bahasa Inggeris dan mendapat keputusan yang memuaskan. Pelajar perlu mengambil semua subjek dalam setahun, tetapi terdapat fleksibiliti untuk pelajar menghabiskannya dalam masa yang lebih lama. Pelajar juga mengambil semula subjek dalam tahun kedua tanpa penalti. Peperiksaan:  Kerja kursus disamping kuiz, laporan makmal, esei, ujian lisan dan lain-lain. SACE: 70 peratus kerja kursus, 30 peratus peperiksaan akhir AUSMAT: 50 peratus kerja kursus, 50 peratus peperiksaan akhir Pemarkahan:  Program ini digred dalam gabungan markah kerja kursus dan peperiksaan akhir untuk layak lulus program Tahun 12 Australia. Program ini digred mengikut sistem Australian Tertiary Admission Rank (ATAR) di mana empat subjek terkuat dicampur dengan dua subjek paling lemah dan dikira secara purata. Untuk lulus ATAR, pelajar perlu lulus 90-100 kredit dengan setiap subjek berpurata 20 kredit.

Yuran

RM21,000-RM33,895, bergantung pada institusi pengajian swasta serta subjek yang diambil.

Cara daftar

Permohonan boleh dibuat dengan muat turun borang dari laman web institusi pengajian swasta yang terlibat, Pemohon haruslah menghantar borang itu secara tangan, surat atau e-mail. Pengambilan pelajar bermula Januari serta Mac, Julai dan September (tergantung institusi).

Jalan ke uni

AUSMAT dan SACE diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pelajar boleh memohon mana-mana universiti, sama ada dalam atau luar negara dengan sijil berkenaan sebaik sahaja lulus. Sijil ini diperakukan dengan Australian Qualification Framework (AQF), lembaga akreditasi Australia yang turut diiktiraf oleh universiti dari Australia, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail