logo
logo

    Courses

    Institutions

Rebut Peluang Melanjutkan Pengajian dalam Bidang Perubatan dibawah USM-KLE International Medical Programme ke Belgaum, India!

Afterschool

Afterschool

September 19, 2017





Berita baik kepada anda yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu di INDIA. USM menawarkan peluang kepada anda yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Belgaum, India iaitu dibawah kerjasama USM-KLE IMP selama 5 tahun.

 

bannerInternationalusm_kle

 

Selepas tamat latihan lima tahun dan latihan penilaian, calon yang berjaya akan dianugerahkan ijazah M.D. (Doktor Perubatan) oleh Universiti Sains Malaysia. Akreditasi Ijazah Sarjana Muda dari USM-KLE IMP, Belgaum, akan dianugerahkan oleh Universiti Sains Malaysia dan diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O). Jadi apa tunggu lagi rebutlah peluang ini sekarang!. Untuk ketahui cara permohonan teruskan baca perkongsian kami.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN

 

KELAYAKAN UMUM

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kertas Julai dan kredit dalam Bahasa Inggeris, ATAU
  • Lulus 'O' Level dengan Kredit dalam Bahasa Inggeris ATAU  setaraf
  • Lulus Sijil Tinggi Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.00 (Prinsipal B) dan minimum Gred B (3.00) dalam Pengajian Am dan mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut :
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Matematik T / Matematik Lanjutan T ATAU
  • Lulus Matrikulasi/asasi dengan PNGK minimum 3.00 (B) dan dengan minimum Gred B dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Matematik ATAU
  DSC_0252-2 (1)  
  • B.Sc. dalam bidang yang berkaitan (Bioperubatan atau Kesihatan Gunaan) dengan Kelas Atas Atas atau CGPA 3.50; ATAU
  • Diploma dalam bidang yang berkaitan (Bioperubatan atau Kesihatan Gunaan) dengan PNGK minimum 3.75; ATAU
  • Cambridge, A-Level dengan minimum Gred B dalam tiga (3) subjek; ATAU
  • Matrikulasi Australia dengan minimum 80% (Agregat) atau TER / UAI 85, ATAU
  • Pre-University Kanada dengan skor minimum 70% dalam mata pelajaran Sains, ATAU
  • International Baccalaureate dengan sekurang-kurangnya 33 mata, dengan skor tidak kurang daripada lima [5] dalam sekurang-kurangnya dua mata pelajaran sains di Tingkat Tinggi (HL) dan satu mata pelajaran sains di Tingkat Standard (SL): ATAU
  • New south wales certificate sekolah tinggi (HSC) dengan skor minimum 70% ATAU
  • Sekolah Menengah Indonesia (semua Sekolah Menengah di Indonesia) dengan skor rata-rata 8.5 dan ke atas dan kelayakan lain yang setaraf
 

KEPERLUAN UNIVERSITI 

 
  • Menjalankan ujian Inventori pemilihan universiti Malaysia (MUnSyl) dan Lulus temuduga pemilihan
  kle-usm p  

KEPERLUAN BAHASA INGGERIS

 
  •  Mendapat sekurang-kurangnya Band 4 untuk MUET atau Band 6.0 untuk IELTS.
 

CARA  PERMOHONAN

 
  • Permohonan boleh dibuat hanya melalui atas talian (online) dengan KLIK DISINI
  • Sebelum membuat permohonan, pemohon dikehendaki membeli nombor pin USM-KLE PIN di Bank Nasional Malaysia (BSN) berharga RM60.00 (MALAYSIA) USD 30.00 (BUKAN WARGANEGARA) sebelum boleh mendaftar permohonan.
  • WARGANEGARA - UKM-KLE PIN juga boleh dibeli melalui mesin ATM/SMS BANKING/CASH DEPOSIT MESIN/INTERNET BANKING (hanya untuk pemegang akaun GIRO sahaja)
  • BUKAN WARGANEGARA - Untuk bukan warganegara Malaysia, bayaran untuk proses permohonan adalah USD 30.00 untuk satu permohonan. Bayaran boleh dibuat seperti berikut :
    • Cek atau Money Order (Pembayaran atas nama "BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA")
    • Bayaran cas di USM Bursary Counter
  white_coat_4 (1)  

Di harapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda mencapai impian untuk menjadi seorang DOKTOR!. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September ini. Jadi cepat buat permohonan. SEMOGA BERJAYA!

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background