PTPTN mampu beri 200,000 pelajar pinjaman

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 11, 2016, 07:04 pm

PTPTN mampu beri 200,000 pelajar pinjaman. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih mampu memberikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), walaupun ekonomi dan nilai mata wang negara tidak menentu.news - PTPTN allocates RM1, PTPTN mampu beri 200,000 pelajar pinjaman Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata kebajikan pelajar tetap diutama dengan memberi peluang kepada 200,000 pelajar yang layak berasaskan syarat tertentu tahun ini. “PTPTN masih mampu membiayai kebajikan penuntut seperti yang dijanjikan, malah jangan percaya dengan dakyah menerusi laman sosial yang memperlekeh segala usaha yang dilaksanakan PTPTN. Shamsul Anuar berkata, sebanyak RM5.6 bilion dana disediakan tahun ini bagi memberi pinjaman kepada pelajar baharu yang telah ditawarkan belajar di semester yang bermula baru-baru ini termasuk diberikan kepada peminjam sedia ada. Dalam pada itu, beliau berkata 662,983 peminjam masih gagal membuat bayaran balik melibatkan RM5.4 bilion sehingga 31 Disember lepas. --Ismaweb

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail