Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 07, 2016, 12:36 pm
Pembelajaran daripada kajian-kajian ini kemudiannya akan dimanfaatkan dalam pelbagai elemen aktiviti manusia termasuk isu-isu yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental, bantu diri, peningkatan prestasi dan pelbagai aspek lain yang mempengaruhi kesihatan dan kehidupan seharian.
Pelajar akan diberikan persediaan untuk menceburi kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan psikologi dan melanjutkan pengajian siswazah dalam kursus khusus.
Pada tahun pertama, anda akan diperkenalkan kepada bidang teras psikologi. Tahun kedua anda akan meneroka psikologi dengan lebih mendalam dan tahun akhir anda boleh memilih topik-topik yang lebih mencabar untuk penyelidikan.
Kebanyakan projek penyelidikan berjalan sepanjang tahun dan di bawah pengawasan pensyarah, anda akan diberi tanggungjawab untuk mereka dan menjalankan sendiri penyelidikan ini, dan menyiapkan laporan penuh projek penyelidikan.
SPM:
Peringkat Universiti:
Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ
Jenis-jenis personaliti ini berkongsi Kecenderungan Cara Berfikir (Thinking preference), atau kecenderungan dalam membuat keputusan berbanding menggunakan nilai peribadi.
Ketahui personaliti Myers-Briggs anda di laman web ini.
Kod Holland Vocational: ESR (Enterprising, Social, Realistic)
Ambil ujian RIASEC di laman web ini.
Walaupun jumlah ahli psikologi klinikal di Malaysia adalah kecil, mereka berpeluang memberi rawatan gangguan psikologi khusus untuk setiap peringkat khusus dalam perubatan.
Bidang: Sesetengah pengkhususan (seperti psikologi klinikal) menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding bidang lain. Ini kerana terdapat permintaan untuk ahli psikologi bidang tertentu.
Organisasi swasta / Kerajaan: Pusat-pusat/institusi/agensi kesihatan kerajaan membayar gaji lebih rendah berbanding dengan organisasi swasta kerana mereka dikawal selia oleh kerajaan.
Di Malaysia, ahli psikologi klinikal dibayar lebih kerana jawatan ini lebih diiktiraf. Mereka boleh memperoleh gaji di antara RM150 hingga RM250 sejam.
Bidang akademik adalah pilihan yang lebih baik untuk graduan psikologi. Walau bagaimanapun, prospek kerja untuk bidang berkaitan psikologi masih tidak begitu baik berbanding negara-negara yang lebih maju seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom.
Di Malaysia: Majlis Penasihat Kesihatan Mental mengakui bahawa keperluan untuk pakar psikiatri dan psikologi semakin meningkat untuk hospital dan klinik. Pada masa kini di Malaysia, nisbah ahli psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk penduduk adalah agak rendah. Oleh itu, peluang pekerjaan di Malaysia untuk graduan psikologi adalah cerah.
Luar Negara: Ahli psikologi memperoleh gaji yang baik di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat banyak peluang pekerjaan di luar negara yang menyediakan gaji dan pengalaman yang memadai. Namun perlu diingat, di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada, anda memerlukan ijazah doktor falsafah untuk menjadi seorang ahli psikologi berlesen.
Perlukan
bantuan?