Prospek Kerjaya Lebih Meluas: Serlahkan Kerjaya Anda Dengan Perakaunan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 11:39 am

Dunia hari ini bergerak dengan pantas dan dipenuhi dengan ketidakpastian. Kebanyakan negara berhadapan dengan isu pengangguran, dimana kebanyakan graduan gagal mmperolehi pekerjaan. Untuk memastikan anda sentiasa relevan, adalah sangat penting untuk memilih bidang pengajian yang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran teknikal dan pengetahuan seterusnya menjamin peluang kerjaya yang cerah. Antara bidang yang akan sentiasa menyediakan peluang pekerjaan adalah bidang perakaunan. 

 

 

Kenapa Perakaunan?

Semua sektor memerlukan kepakaran seorang akauntan, sama ada syarikat kecil mahupun yang bertaraf multinasional. Antara tugas penting akauntan adalah memastikan perancangan kewangan organisasi dilaksanakan dengan baik termasuklah membuat audit kewangan, laporan ramalan keuntungan syarikat, pemantauan perbelanjaan kewangan, mengira dan membuat pembayaran cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

 

 

Malaysian Institute of Accountants (MIA) melaporkan negara masih kekurangan 60,000 profesional perakaunan dengan kedudukan semasa hanya di bawah 40,000. Malaysia dijangka hanya akan mencapai jumlah sasaran tersebut menjelang 2030. Ini bermakna, jika anda melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan, peluang pekerjaan luas dalam pelbagai sektor menanti anda selepas tamat pengajian.

 

Perakaunan, peluang kerjaya tanpa had

Sebagai seorang akauntan bertauliah, anda mempunyai kelebihan berikut :

  • Pilihan kerjaya yang sangat fleksibel:  Hanya dengan bidang perakaunan, anda berpeluang untuk terokai bidang lain seperti sains aktuari, perakaunan forensik, pengauditan, percukaian, pengurusan kewangan dan lain-lain lagi. Bahkan, jika anda berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, ilmu perakaunan dapat membantu anda menguruskan hal ehwal kewangan perniagaan dengan baik seterusnya menjamin kelangsungan perniagaan yang dijalankan. 
  • Kemajuan pantas dalam kerjaya:  Dengan kemahiran dan pengalaman profesional yang baik, kemajuan kerjaya anda akan bergerak pantas. Anda boleh menjawat jawatan penting seperti penganalisis belanjawan, juruaudit, akauntan awam bertauliah cukai atau pegawai kewangan korporat yang menawarkan imbuhan tinggi dan faedah yang lebih banyak. 
  • Bekerja dalam mana-mana sektor industri atau perniagaan : Anda boleh memilih untuk bekerja dalam mana-mana sektor pekerjaan yang diinginkan. Tidak kira sama ada anda memilih untuk bekerja di firma perakaunan besar atau di syarikat kecil, kelayakan dan kemahiran perakaunan yang diperlukan adalah sama untuk semua industri.
  • Peluang kerjaya di dalam dan luar negara : Profesion ini melengkapkan anda dengan kemahiran kewangan, perniagaan dan digital yang relevan sehingga ke peringkat global. Ia pada asasnya adalah kelayakan antarabangsa yang berfungsi di mana-mana negara yang anda pilih untuk bekerja. Perbezaannya mungkin hanya perkara kecil dari segi proses antara negara dan skala perniagaan.
  • Peranan yang Pelbagai:  Akauntan memiliki kemahiran organisasi, analitikal dan teknikal melangkaui bidang perakaunan itu sendiri. Daripada pakar undang-undang dalam kewangan kepada penulis teks perakaunan, dengan kelayakan profesional yang dimiliki anda bebas untuk meneroka pelbagai bidang kerjaya yang diinginkan

 

Masa Depan Perakaunan

Teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial intelligence (AI) amat popular pada ketika ini. AI mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang bersifat kompleks dan kerja yang sifatnya berulang-ulang. Hal ini dilihat memberi impak negatif dari segi keperluan tenaga manusia yang boleh digantikan dengan kecanggihan AI. Walaupun ramai di antara kita bimbang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh AI, peningkatan teknologi terkini ini juga telah mencipta produk dan perkhidmatan baharu, membawa pasaran baharu, meningkatkan produktivitI, menjimatkan masa dan tenaga manusia.

 

 

ZipRecruiter, dalam pasaran pekerjaan, AI telah mencipta tiga kali ganda peluang pekerjaan berbanding pada tahun 2018. AI mungkin telah menggantikan tenaga manusia dengan memainkan peranan dalam menyelesaikan tugasan berulang tetapi kewujudannya pada masa yang sama membawa kepada kemunculan kepakaran perakaunan baharu seperti perakaunan forensik dan tadbir urus IT. Sebagai contoh, ketersediaan sejumlah besar maklumat baharu disebabkan AI mewujudkan permintaan untuk akauntan mahir mentafsir dan memproses data tersebut. Jadi, bidang perakaunan tidak akan terjejas dengan kehadiran AI, seperti mana bidang kerjaya lain malah membuka lebih banyak cabang pekerjaan.

 

 Kenapa ACCA adalah pilihan terbaik? 

Jika anda memilih untuk menjadi seorang akauntan, tidak lengkap sekiranya anda tidak mempunyai kelayakan akauntan bertauliah daripada Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Anda boleh memperolehi kelayakan akauntan bertauliah ACCA dalam tempoh hanya empat (4) tahun tanpa memerlukan ijazah perakaunan. Caranya adalah dengan mendaftar kursus di bawah ACCA seterusnya memperolehi kelayakan setaraf bahkan lebih baik daripada ijazah perakaunan.

ACCA menawarkan pilihan modul profesional yang komprehensif, dibangunkan oleh pemimpin pelbagai industri untuk memastikan ianya sentiasa relevan dalam pasaran kerja dan diiktiraf di seluruh dunia. Jadi, tidak hairanlah jika graduan ACCA berjaya menarik perhatian majikan di dalam dan luar negara. . 

Dengan rangkaian lebih 7,400 majikan, ACCA juga merupakan salah satu badan perakaunan profesional yang berfikiran jauh ke hadapan, menawarkan sumber yang luas termasuk modul berkaitan untuk continuous professional development, professional insights, webinar dan forum sekaligus memastikan setiap ahli peka mengenai topik yang mempengaruhi profesion dan dunia perniagaan. 

Akhir kata, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan kejar kerjaya impian anda dengan mengikuti pengajian ACCA secara mod fleksibel. Jika anda mendaftar dalam kursus Foundation in Accountancy (FIA) dan jadi antara 1000 pelajar bertuah, anda berpeluang untuk menikmati dermasiswa bernilai RM1 juta.

Apa tunggu lagi KLIK DISINI untuk maklumat lanjut tentang kursus dan program ACCA yang ditawarkan. Anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan lain.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail