Proses & Cara Memohon Sijil Akreditasi Berdasarkan Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 09, 2017, 03:41 pm

Jika anda berminat untuk memohon dinasihatkan terlebih dahulu memikirkan risiko dan perkara berikut sebelum membuat permohonan iaitu :

  • Menimbang dan mengkaji semula pembelajaran bersijil dan pengalaman yang ada kerana anda perlu membentuk rangka kerja sama ada bersesuaian atau sebaliknya dengan kursus pengajian yang bakal diikuti. Ia penting bagi menunjukkan yang anda telah memenuhi semua syarat
  • Anda perlu memastikan sama ada terdapat keselarian antara pengalaman terdahulu atau pembelajaran bersijil dengan kompetensi. Ini penting untuk memahami jangkaan tahap pengajian yang bakal diikuti kelak.

 

Ini kerana penilaian oleh pihak penilai (MQA) akan merangkumi elemen berikut sebelum anda layak dianugerahkan sijil APEL :

 

 

Bagaimana elemen-elemen di atas akan dibuktikan oleh pihak penilai?. Jawapannya adalah menerusi portfolio dan Aptitude Test yang akan membantu penilai menilai kecekapan/pengalaman yang diperoleh oleh anda.

 

Penilaian Portfolio

 

  • Portfolio akan dihantar kepada jawatankuasa APEL untuk kelulusan. Anda akan menerima keputusan dalam tempoh masa 20 hari bekerja bagi portfolio yang lengkap dikemukakan
  • Sekiranya jawatankuasa tidak berpuas hati dengan keterangan yang disampaikan dalam portfolio anda, kaedah penilaian lain yang bersesuaian akan dijalankan. Antara kaedah penilaian lain yang boleh dijalankan adalah dalam bentuk temu duga, penyampaian, demonstrasi dan sebagainya

 

 Ujian Aptitude

 

Selain dari portfolio, ujian kebolehan (Aptitude Test) akan turut digunakan sebagai alat penilaian APEL sebagai sebahagian daripada alat penilaian APEL. Tujuan Aptitude Test digunakan adalah untuk memenuhi keperluan Bahasa, Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis serta Matematik pemohon. Struktur Aptitude Test adalah seperti dalam jadual berikut:

 

  • Kebolehan Matematik (Asas Matematik, Algebra Asas, Penyelesaian masalah)
  • Kebolehan Bahasa Inggeris (Bacaan & Pemahaman, Tatabahasa & Prosa kata, Ejaan, Perbendaharaan kata, Pembetulan kesalahan)
  • Kebolehan Bahasa Melayu (Bacaan & Pemahaman, Tatabahasa & Prosa kata, Ejaan, Perbendaharaan kata, Pembetulan kesalahan)
  • Pemikiran Kritis/Pengetahuan am (Penaakulan Logik, Kemahiran Pengelasan, Pengecaman Pola)

 

Pemohon yang layak dikehendaki untuk menduduki Aptitude Test pada masa dan tempat yang akan ditentukan oleh pihak MQA. Surat keputusan ujian akan dikeluarkan oleh MQA untuk memaklumkan hasil penilaian. Sekiranya gagal, anda dibenarkan membuat rayuan kepada MQA atau diberi sokongan pasca penilaian yang bersesuaian, contohnya, khidmat nasihat atau kaunseling. Rujuk proses mengikut tahap pengajian dibawah :

 

Carta Proses Penilaian Peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

 

 

Carta Proses Penilaian Peringkat Ijazah Sarjana (Master)

 

 

Untuk info lanjut berkenaan penilaian portfolio & Aptitude Test, proses permohonan boleh KLIK DISINI untuk buat turun Buku Handbook Panduan APEL (Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda (degree)) dan Handbook bagi pengajian Ijazah Sarjana (Master) KLIK DISINI.

 

YURAN PENILAIAN

 

Yuran penilaian APEL untuk Ijazah Sarjana sebanyak RM370 perlu dikemukakan dalam bentuk bank draf atas nama Agensi Kelayakan Malaysia. Anda perlu tulis Nama, no MyKad dan perkataan APEL T-7 di belakang bank draf tersebut.

 

Manakala yuran penilaian APEL bagi peringkat pengajian sijil/diploma/ijazah sarjana muda perlu dikemukakan dalam bentuk bank draf sahaja dan dibayar kepada Agensi Kelayakan Malaysia. Struktur yuran penilaian APEL untk taha[ pengajian SIJIL & DIPLOMA (RM155.00) & Ijazah Sarjana Muda (RM250.00).

 Anda perlu tulis nama dan no. MyKad di belakang bank draf tersebut. Kemudian kepilkan bank draf semasa borang permohonan APEL dikemukakan kepada MQA. Hanya calon yang layak dan telah dimaklumkan oleh MQA melalui emel perlu membuat bayaran YURAN.  

Jika anda bersedia untuk membuat permohonan APEL ini, bolehlah KLIK DISINI untuk terus ke pautan permohonan. Daftar permohonan menggunakan nombor kad pengenalan dan tarikh lahir. Kemudian Daftar. Akan terpapar borang permohonan online yang wajib diisi. Selesai permohonan, tunggu emel kelayakan sebelum buat pembayaran dan tarikh untuk jalani ujian.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail