Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 09, 2017, 03:41 pm
Jika anda berminat untuk memohon dinasihatkan terlebih dahulu memikirkan risiko dan perkara berikut sebelum membuat permohonan iaitu :
Ini kerana penilaian oleh pihak penilai (MQA) akan merangkumi elemen berikut sebelum anda layak dianugerahkan sijil APEL :
Bagaimana elemen-elemen di atas akan dibuktikan oleh pihak penilai?. Jawapannya adalah menerusi portfolio dan Aptitude Test yang akan membantu penilai menilai kecekapan/pengalaman yang diperoleh oleh anda.
Penilaian Portfolio
Ujian Aptitude
Selain dari portfolio, ujian kebolehan (Aptitude Test) akan turut digunakan sebagai alat penilaian APEL sebagai sebahagian daripada alat penilaian APEL. Tujuan Aptitude Test digunakan adalah untuk memenuhi keperluan Bahasa, Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis serta Matematik pemohon. Struktur Aptitude Test adalah seperti dalam jadual berikut:
Pemohon yang layak dikehendaki untuk menduduki Aptitude Test pada masa dan tempat yang akan ditentukan oleh pihak MQA. Surat keputusan ujian akan dikeluarkan oleh MQA untuk memaklumkan hasil penilaian. Sekiranya gagal, anda dibenarkan membuat rayuan kepada MQA atau diberi sokongan pasca penilaian yang bersesuaian, contohnya, khidmat nasihat atau kaunseling. Rujuk proses mengikut tahap pengajian dibawah :
Carta Proses Penilaian Peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
Carta Proses Penilaian Peringkat Ijazah Sarjana (Master)
Untuk info lanjut berkenaan penilaian portfolio & Aptitude Test, proses permohonan boleh KLIK DISINI untuk buat turun Buku Handbook Panduan APEL (Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda (degree)) dan Handbook bagi pengajian Ijazah Sarjana (Master) KLIK DISINI.
Yuran penilaian APEL untuk Ijazah Sarjana sebanyak RM370 perlu dikemukakan dalam bentuk bank draf atas nama Agensi Kelayakan Malaysia. Anda perlu tulis Nama, no MyKad dan perkataan APEL T-7 di belakang bank draf tersebut.
Manakala yuran penilaian APEL bagi peringkat pengajian sijil/diploma/ijazah sarjana muda perlu dikemukakan dalam bentuk bank draf sahaja dan dibayar kepada Agensi Kelayakan Malaysia. Struktur yuran penilaian APEL untk taha[ pengajian SIJIL & DIPLOMA (RM155.00) & Ijazah Sarjana Muda (RM250.00).
Anda perlu tulis nama dan no. MyKad di belakang bank draf tersebut. Kemudian kepilkan bank draf semasa borang permohonan APEL dikemukakan kepada MQA. Hanya calon yang layak dan telah dimaklumkan oleh MQA melalui emel perlu membuat bayaran YURAN.
Jika anda bersedia untuk membuat permohonan APEL ini, bolehlah KLIK DISINI untuk terus ke pautan permohonan. Daftar permohonan menggunakan nombor kad pengenalan dan tarikh lahir. Kemudian Daftar. Akan terpapar borang permohonan online yang wajib diisi. Selesai permohonan, tunggu emel kelayakan sebelum buat pembayaran dan tarikh untuk jalani ujian.
Perlukan
bantuan?