Program Teach For Malaysia Buka Peluang Kepada Graduan Bukan Pendidikan Untuk Menjadi Guru

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 06, 2017, 01:16 pm

Tahu apa itu Teach for Malaysia?. TFM ini diwujudkan oleh Pihak YTFM dengan kerjasama pihak KPM untuk merekrut, memilih dan melatih graduan terpilih dan menempatkan mereka mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara. Menariknya hanya graduan BUKAN pendidikan sahaja yang layak untuk memohon!.

 

 

Jika anda sebelum ini berminat untuk menjadi guru, impian itu tidak akan terkubur begitu sahaja apabila kursus DPLI dan KPLI dimansuhkan. Inilah salah satu peluang untuk merealisasikan impian tersebut!. Sekiranya terpilih, anda akan menjadi Felo TFM dan bakal mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun secara sepenuh masa.

 

 

Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan selama dua (2) tahun ini, Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi dalam dan luar bilik darjah yang merupakan sebahagian daripada gerakan Alumni TFM. Dengan pengalaman yang diperolehi juga, anda boleh memohon bekerja di mana-mana sekolah swasta dan antarabangsa di negara ini.

 

 

Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang menerima tawaran bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa pemilihan seperti berikut:

 

  • Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
  • Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu di antara bulan Julai hingga bulan September 
  • Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program TFM antara bulan Oktober hingga bulan Disember 

 

 

KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN

 

Krtieria-kriteria asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat di dalam mana-mana bidang (KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor of Education, Bachelor of TESL dan lain-lain)
  • Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Berumur 32 tahun ke bawah sebelum 1 Januari 2018
  • Memperolehi minimum "Kredit GRED C" bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 "Second Class Upper"

 

KRITERIA PENTING YANG PERLU JUGA DIMILIKI OLEH CALON:

  • Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.
  • Pemahaman dan komitmen yang mendalam misi dan visi Teach For Malaysia.
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Kemahiran berfikir secara kritis.
  • Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran.
  • Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik.

 

 

CARA PERMOHONAN

 

Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM). Permohonan boleh dilakukan di laman web http://teachformalaysia.org/home/apply/. Permohonan sedang dibuka sekarang. 

 

 

Sebarang pertanyaan tentang Program Teach For Malaysia boleh diajukan melalui emel di [email protected]. Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM. Semoga berjaya!.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mailwhatsapp icon