Program persediaan pelajar cemerlang MARA 2016

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 10, 2016, 04:38 pm

Info biasiswa

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi. Program Persediaan MARA untuk pelajar cemerlang khusus untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam pelajaran. Tarikh tutup 14 Mac, 2016 Kriteria

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 8 Mac 2016 hingga 14 Mac 2016.
  • Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian penilaian dan temuduga.
  • Semakan keputusan ujian penilaian dan temuduga akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan ditutup.
  • Semakan keputusan penempatan ke program ini boleh disemak mulai 8 Mei 2016 di laman web MARA 
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas selepas 8 Mei 2016 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
  • Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Syarat umum

  • Keutamaan diberikan kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah.
  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Nama ibu bapa / penjaga serta pelajar tidak termasuk dalam senarai hitam MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat khusus

  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015 buat kali pertama.
  • Bidang-bidang keutamaan penajaan MARA - Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM)
  • Program yang ditawarkan terdiri dari Program Persediaan Ijazah Dalam dan Luar Negara serta Program Profesional.

Sila lawati pautan pada laman web ini untuk melihat syarat yang lebih lanjut.

Cara memohon

Permohonan boleh dilakukan di laman web rasmi MARA.

Alamat

Majlis Amanah Rakyat Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Email: [email protected] Tel: 03-2613 2060 / 32056 / 32063 / 32108 / 32065 / 32098

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail