Program Ijazah dalam Negara JPA 2016

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 11, 2016, 10:30 am

Program Ijazah Dalam Negara: Ia merupakan penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).jpa04, Program Ijazah dalam Negara Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial. Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah. Permohonan akan dibuka secara online mulai Mei 2016.

  • Warganegara Malaysia,
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  • Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama; dan
  • Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail