Kenapa Program 3 Tahun Ijazah Kejuruteraan (Engineering Degree) Tak Layak Jadi Engineer?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 23, 2019, 02:46 am

Bidang kejuruteraan adalah salah satu bidang popular yang menjadi pilihan kebanyakan pelajar untuk melanjutkan pengajian. Memandangkan ramai yang berminat dalam bidang ini dan IPTA tidak mampu menampung jumlah permohonan yang terlalu ramai, banyak kursus kejuruteraan yang mula ditawarkan oleh IPTS. Tiada masalahnya kalau korang sambung belajar di IPTS malah, lebih baik dari mereka yang terima tawaran ke kursus yang tidak diminati di IPTA. Tetapi isunya sekarang, terdapat IPTS yang menawarkan degree kejuruteraan untuk tempoh 3 tahun pengajian sahaja. Korang tahu tak kalau ambil degree 3 tahun tu, korang tak layak jadi jurutera?. 

 

Kenapa tak layak?.

Jurutera adalah kerjaya dibawah kategori profesional, graduan wajib mendaftar dibawah badan-badan kejuruteraan sebelum layak digelar sebagai jurutera seperti mana arkitek, doktor dan sebagainya. Di Malaysia, graduan wajib mendaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineering Malaysia) (BEM) sekiranya ingin bergelar jurutera dan bekerja di Malaysia. Menurut Ir Ashari bin Mohd Yakob, Technical Advisor Board of Engineers Malaysia (BEM), mana-mana pelajar yang ingin mendaftar sebagai jurutera, wajib menamatkan pengajian ijazah selama 4 tahun. 

 

Kenapa BEM tak iktiraf program 3 tahun?

Bukan hanya BEM tetapi majoriti badan-badan kejuruteraan di dunia tidak mengiktiraf kursus kejuruteraan 3 tahun kerana jumlah jam kredit yang diperlukan tidak mencukupi. Jumlah jam kredit ini sangat penting bagi menentukan sama ada subjek yang diajarkan mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan sebelum sesorang itu layak diberi gelaran engineer. Tempoh 4 tahun adalah tempoh yang terbaik untuk pelajar menguasai ilmu dalam bidang kejuruteraan. 

 

Boleh ke kalau tidak mendaftar tetapi bekerja sebagai engineer?

Tidak boleh, sebab ianya adalah satu kesalahan. Graduan wajib mendaftar dengan BEM jika ingin bekerja sebagai jurutera di Malaysia. 

 

Bagaimana kalau sudah terlanjur mengambil program 3 tahun?.

Kalau sudah terlanjur, tamat pengajian nanti hanya layak bergelar juruteknik sahaja sepertimana kelayakan diploma. Korang tak boleh gelar diri sebagai engineer sebab gelaran tu hanya boleh diguna pakai oleh mereka yang berdaftar dengan badan-badan kejuruteraan sahaja. Sedih kan?. Ingatkan program 3 tahun degree bolehlah habis belajar cepat dan mohon kerja sebagai engineer. Alih-alih tak layak pula jadi engineer. 

 

 

Adakah peluang pekerjaan masih sama?.

Peluang pekerjaan masih sama cuma mungkin dari segi tangga gaji. Kalau bergelar engineer sudah tentu gaji lebih mahal berbanding juruteknik, walaupun ada degree. 

 

Ada ke cara lain kalau masih nak jadi engineer dengan ijazah 3 tahun?

Ya, boleh sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana (master) secara kerja kursus (coursework) bukan penyelidikan (research). Tamat pengajian master, barulah boleh memohon semula dan akan dipertimbangkan oleh BEM. 

 

 

Ambil program 3 tahun atau 4 tahun, mana lebih baik?

Sudah tentu 4 tahun, korang pun tak perlu sambung belajar ke peringkat master lagi sebab untuk jadi jurutera cukup sekadar ijazah. Tetapi kalau hendak jadi specialist/expert atau pensyarah, boleh sambung ke peringkat lebih tinggi. 

 

 

Kalau daftar dengan badan kejuruteraan lain yang terima degree 3 tahun boleh ke jadi jurutera?.

Ya boleh, tetapi majoriti badan-badan kejuruteraan di dunia tidak mengiktiraf program ijazah 3 tahun. Selain itu, walaupun mendapat pengiktirafan tetapi untuk bekerja di Malaysia wajib mendaftar dengan BEM.

 

Kalau tamat pengajian kurang dari tempoh 4 tahun disebabkan pemindahan kredit (credit transfer) layak ke jadi jurutera?

Ya, sudah tentu sebab program yang diambil 4 tahun cuma mendapat kelonggaran transfer credit dan tamat pengajian lebih awal. Biasanya mereka yang sudah ada diploma dan boleh transfer credit akan tamat pengajian lebih awal.

 

Kalau sambung belajar luar negara, adakah program ijazah tu diiktiraf oleh BEM?

Ya, jika program ijazah tersebut diiktiraf oleh badan-badan kejuruteraan yang mempunyai hubungan kerjasama dengan BEM dibawah international mobility. Antaranya Dublin Accord, Washington Accord dan sebagainya. Untuk semakan penuh klik http://bem.org.my/web/guest/international-mobility

 

IPTS mana yang tawarkan degree 3 tahun?

Kami takkan senaraikan sebab nanti ada yang sentap pula, tetapi kami kongsikan senarai IPTA/IPTS di Malaysia yang program pengajiannya diiktiraf oleh BEM. Klik pada setiap institusi, sebab ada sesetengah kursus kejuruteraan yang ditawarkan di institusi yang sama tetapi program pengajian 3 tahun. Jadi semak nama program bukan universiti. Program yang tersenarai sahaja korang boleh mohon. Berikut adalah senarainya. :

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membuka mata korang untuk membuat pilihan yang tepat. Korang boleh juga tonton video berkaitan isu ini dibawah.

 

 

Jangan fikir hendak cepat habis belajar. Perlu fikirkan semua risikonya. Jangan sudah terlanjur baru nak tersedar. Kepada yang memang tak kisah pun kalau tak jadi jurutera, boleh mohon program 3 tahun. Program masih diiktiraf cuma tak boleh daftar sebagai jurutera sahaja. Apa pun semoga berjaya!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail