Afterschool
May 12, 2017
Kepada yang berjaya ditawarkan ke Matrikulasi, anda digalakkan untuk membuat Pra pendaftaran secara dalam talian (online). Pendaftaran tersebut boleh dibuat bermula 15 Mei 2017 jam 12.00 tengah hari hingga 31 Mei 2017 jam 11.59 malam.
Untuk membuat pra pendaftaran tersebut, anda perlu melayari laman sesawang mengikut kolej matrikulasi masing-masing seperti di bawah, klik untuk ke portal matrikulasi masing-masing :
Kolej Matrikulasi Melaka
http://register.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
http://register.kmns.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
http://register.kmpp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perlis
http://register.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
http://register.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
http://register.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
http://register.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
http://register.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
http://register.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
http://register.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
http://register.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
http://register.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
http://register.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
http://ematris.matrik.edu.my/eStudent/login
Kolej Matrikulasi Sarawak
http://mis.kmsw.matrik.edu.my/online
Kepada yang sudah tidak sabar hendak membuat pendaftaran itu, sudah bayar yuran ke belum?. Jika belum, jangan buat-buat hairan kenapa tak boleh mendaftar ye. Anda perlu membuat pembayaran yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum membuat pra pendaftaran.
Apa tujuan pra pendaftaran ini?. Lecehlah!. Hamboi kau belum masuk belajar lagi dah kekwat. Sebenarnya pihak Matrikulasi mengalakkan pelajar untuk membuat pra pendaftaran sebelum hari pendaftaran supaya proses pendaftaran nanti berjalan dengan lancar.
Menerusi pra pendaftarannya ini pelajar akan melengkapkan maklumat peribadi seperti saiz baju, kunci bilik, kad matrik dan sebagainya. Ini penting supaya tidaklah nanti terkial-kial atau lama menunggu giliran untuk mendaftar. Lagi leceh kan? Ada faham?. Jika sudah mendaftar tak sempat punggung nak panas, giliran sudah dipanggil!.
Tetapi kepada yang ada masalah, anda boleh memilih untuk terus membuat pendaftaran di kolej pada tarikh-tarikh yang ditetapkan di dalam surat tawaran masing-masing. Cuma lamalah sikit tempoh menunggunya. Jadi jangan nak komen lama menunggu okay. Apa-apa pun, selamat menempuh alam pra-universiti Afterschool ucapkan!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.