Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2020, 12:31 pm
Sektor pembinaan merupakan sektor ketiga terbesar negara yang membekalkan peluang pekerjaan utama kepada graduan dalam bidang Geomatik atau dikenali sebagai Jurukur tanah. Walaupun program pengajian ini membuka banyak peluang pekerjaan, tetapi kerjaya sebagai seorang jurukur tanah tidak begitu menonjol dan menjadi pilihan berbanding kerjaya lain dalam bidang yang sama.
Kurangnya pendedahan dilihat sebagai salah satu punca kenapa pelajar tidak berminat melanjutkan pengajian dalam bidang ini malah, ada di antaranya juga tidak mengetahui langsung tentang kewujudan program ini di IPTA/IPTS. Jadi, memandangkan ramai yang masih keliru dalam menentukan program pengajian manakah yang terbaik, kami kongsikan kepada anda kerjaya sebagai seorang jurukur tanah dan peluang pekerjaan yang luas selepas menamatkan pengajian.
Apakah tugas seorang jurukur tanah? Secara ringkasnya, jurukur tanah biasanya akan mengukur dan menentukan sempadan pemilikan tanah bagi mengelakkan sebarang pertindihan sempadan dengan tanah-tanah pemilik lain yang berdekatan sebelum sebarang projek pembinaan dijalankan. Data yang diperolehi selepas kerja-kerja mengukur selesai akan dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam projek berkenaan seperti arkitek, jurutera, kontraktor dan sebagainya. Selain boleh bekerja sebagai jurukur tanah, graduan juga boleh memohon jawatan lain yang berkaitan seperti berikut :
Permulaan gaji seorang jurukur berlesen di Malaysia adalah RM10,000 ke atas. Biasanya gaji permulaan sama ada di sektor awam mahupun swasta mengikut tahap pendidikan dan pengalaman yang dimiliki. Jika anda memiliki kelayakan yang lebih rendah contohnya diploma dan mempunyai pengalaman kerja/projek dengan syarikat pembinaan berskala besar, gaji yang lebih tinggi akan ditawarkan oleh majikan. Semuanya bergantung kepada pengalaman dan kemahiran selain kelayakan. Berikut dikongsikan anggaran gaji yang diperolehi :
Bagi yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang ini, terdapat beberapa buah institusi pengajian awam dan swasta yang menawarkannya antaranya adalah Geospatial Science & Technology College (GSTC), UiTM, UTM dan lain-lain.
Jika di institusi awam, anda perlu memenuhi syarat kelayakan yang tinggi selain terpaksa bersaing dengan beribu-ribu pemohon yang lain. Jadi peluang untuk berjaya ditawarkan agak tipis. Walau bagaimanapun, jangan cepat berputus asa, kami nasihatkan anda untuk memohon ke IPTS dalam bidang yang sama iaitu di Geospatial Science & Technology College (GSTC) yang terletak di Kuala Lumpur.
Kolej ini adalah pilihan yang terbaik kerana ianya menfokuskan pembelajaran dalam bidang geomatik sahaja selain tenaga pengajar terdiri dalam kalangan pensyarah yang sangat berpengalaman dalam bidang jurukur tanah. Bagi yang ingin menyambung pengajian sambil bekerja, tiada sebarang halangan kerana anda juga boleh memohon program pengajian secara separuh masa di GSTC ini. Untuk mendapatkan info lanjut mengenai syarat kelayakan, tempoh pengajian dan sebagainya, klik senarai dibawah mengikut program pilihan anda.
Sepenuh Masa
Separuh Masa
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3)
Selain tenaga pengajar yang berpengalaman, kemudahan yang disediakan oleh GSTC juga sangat selesa lengkap dengan perpustakaan, makmal geomatik, bilik kuliah yang selesa dan pelbagi lagi kemudahan lain.
GSTC membuka pengambilan pelajar pada bulan April, Mei dan Jun setiap tahun. Kepada anda yang berminat melanjutkan pengajian di GSTC dan memenuhi syarat kelayakan yang diletakkan, anda masih boleh mengemukakan permohonan dengan klik MOHON SEKARANG. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi kaunselor GSTC menerusi aplikasi WhatsApp berikut : https://wa.link/bjb6h6. Diharapkan dperkongsian ini dapat membuka mata anda memilih bidang pengajian yang mempunyai peluangh pekerjaan yang luas selepas menamatkan pengajian kelak.
Perlukan
bantuan?