Portal Kuiz Subjek Sains & Matematik Dalam Bahasa Melayu, Inggeris & Tamil Dilancarkan Untuk Mengukur Tahap Penguasaan Pelajar Sekolah

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 15, 2021, 09:43 am

Wabak Covid yang masih dilihat tanpa penghujung ini telah menyebabkan berlakunya banyak gangguan dalam pendidikan. Disebab gangguan ini Persatuan Sains, Teknologi dan Inovasi (ASTI) membantu pelajar kembali ke landasan pendidikan melalui portal dalam talian terbarunya. Portal ini  memberi tumpuan kepada topik dan subjek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

 

 

Portal yang dikenali sebagai ASTI STEM Academy (ASA) telah dilancarkan baru-baru ini dan tersedia dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil. Menerusi portal ini, ibu bapa dapat mengukur kemajuan pembelajaran anak masing-masing melalui penilaian kendiri di portal berkenaan. 

 

Paling menarik, portal ini menyediakan kuiz sains dan matematik yang diadakan secara bulanan untuk membantu mengukur tahap pengetahuan pelajar.Untuk makluman anda, ASA adalah inisiatif pertama di bawah rancangan pemulihan dua tahun ASTI untuk membantu pelajar sekolah rendah yang semakin ketinggalan dalam pelajaran selepas penutupan sekolah yang kerap berlaku pada tahun lalu. 

 

Presiden ASTI, Mohamed Yunus Yasin berkata, ASA bertujuan untuk membantu ibu bapa dan pelajar mengenal pasti tahap pemahaman mereka mengenai subjek tertentu, sekaligus boleh memperbaiki kelemahan berkenaan."Kami memahami sebilangan pelajar dan ibu bapa tidak ada cara untuk menilai pengetahuan dan penguasaan anak mereka dalam pelajaran, dan ini adalah salah satu sebab mengapa pelajar dilihat ketinggalan dalam pelajaran. "Kami berharap masalah ini dapat segera dibantu melalui pelaksanaan portal ASA," katanya. 

 

Hasil dari kuiz juga dapat digunakan oleh pelajar, guru atau ibu bapa untuk menyusun strategi pembelajaran mereka, tambahnya.Yunus juga mengatakan bahawa ciri penilaian diri disertakan untuk membolehkan pelajar bersikap jujur dan bertanggungjawab terhadap masa depan mereka sendiri. "Tidak ada kecurangan di sini," katanya. "Kepercayaan berkaitan dengan semua yang kita lakukan, dan ini termasuk cara penilaian standard dilakukan." Portal ASA boleh diakses secara percuma sepanjang tahun dan kuiz baru akan dimuat naik setiap bulan. 

 

Kepada ibu bapa yang cakna akan prestasi anak masing-masing, bolehlah melayari portalA ASTI STEM Academy (ASA) untuk memastikan anak anda tidak lagi ketinggalan dalam pelajaran. Wabak bukanlah alasan untuk anda mengabaikan pelajaran anak masing-masing dan berharap sepenuhnya kepada guru di sekolah. 

 

Ingat, anda adalah permulaan bagaimana anak anda mencorak masa depan mereka. Untuk mendaftar sila, klik : DAFTAR STEM ACADEMY (ASA). Untuk ke laman portal boleh klik : LAMAN RASMI PORTAL ASTI STEM ACADEMY. Untuk semak kuiz boleh klik : KUIZ SAINS & MATEMATIK SEKOLAH RENDAH. Bagi yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing sebelum ini boleh klik : SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH. Semakan ini penting kerana anda boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan subjek anak masing-masing seterusnya memperbaikinya. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail