
Afterschool Team
March 4, 2016
Sejajar dengan objektif pelan pendidikan 2015-2025, Kementerian Pendidikan Tinggi melancarkan Projek Berdikari, khusus untuk pelajar di universiti yang mahu mencari kerja separuh masa sambil belajar.
Komuniti Belia Malaysia (MYC!) akan menyediakan platform dan agensi pekerjaan yang akan menawarkan pekerjaan separuh masa kepada pelajar. Melalui platform tersebut, pelajar boleh bekerja dan mencari tempat latihan industri yang sesuai dengan mereka.
Kementerian juga menyedari kos sara hidup yang tinggi menghimpit pelajar, dan membenarkan pelajar untuk mencari kerja sambilan dalam projek ini. Tambahan pula, dengan pengalaman bekerja, pelajar mampu untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan lebih baik serta menyediakan graduan yang holistik.
Cari peluang kerja di sini: Projek Berdikari