Afterschool
June 2, 2017
Selain kerajaan negeri Pahang dan Pulau Pinang, kerajaan negeri Kelantan dibawah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) turut menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian berikut :
Sebelum memohon semak dahulu syarat kelayakan permohonan seperti berikut :
Cara-cara memohon adalah seperti berikut :
PENGARAH YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
[ UP : BAHAGIAN PELAJARAN ]
Untuk makluman anda, permohonan akan dibuka mulai 04 Jun 2017 untuk semua kategori permohonan (SIJIL, DIPLOMA & IJAZAH). Jadi jangan ada yang bertanya bila ianya akan dibuka. Permohonan yang lengkap bagi semua kategori hendaklah dihantar kepada pihak YAKIN selewat-lewatnya SEBELUM @ PADA 30 Ogos 2017. Untuk maklumat mengenai kadar pinjaman yang diberikan klik disini.
Permohonan yang tidak lengkap, lewat diterima atau tidak memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana di atas AKAN DITOLAK (Jangan ada pula yang bertanya bolehkah menghantar permohonan jika terlepas tarikh). Senarai nama pemohon-pemohon yang BERJAYA DIPILIH boleh disemak melalui Laman Web YAKIN iaitu yakin.kelantan.gov.my pada bulan DISEMBER 2017.
Mahu mengetahui bantuan biasiswa pendidikan yang lain? Daftar profil bersama kami.Selepas enam bulan tamat tempoh pemberian, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan jadual yang ditetapkan. Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon untuk dipertimbangkan pengecualian pembayaran balik sebanyak 25% daripada pinjaman jika mereka memperolehi keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang menurut syarat-syarat yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang gagal / diberhentikan atau meninggalkan pengajian sebelum tamat khusus pengajian dikehendaki membayar balik dengan serta merta semua pinjaman yang diterima.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.