Petronas Buka Tawaran Kerja Kepada Fresh Graduate

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 02, 2020, 08:43 am

Zaman penyakit sekarang sangatlah memeritkan, bukan setakat fresh graduate yang menganggur, mereka yang dah bertahun kerja pun dipaksa atau terpaksa untuk menganggur. Jadi, kepada final year student atau fresh garduate di luar sana, kami nak nasihatkan korang untuk mohon ke program traineeship yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat besar. Sebabnya jika mohon kerja terus pun, susah nak dapat sebab korang tak ada pengalaman (yang berpengalaman pun kena buang kerja). 

 

Tanpa buang masa berikut dikongsikan program traineeship yang ditawarkan oleh PETRONAS melalui laman web Hungryintern.com. Korang boleh klik senarai dan terus buat permohonan melalui website hungryintern tersebut. 

 

 

Program latihan kemahiran insaniah yang diperkenalkan oleh PETRONAS ini adalah salah satu cara PETRONAS membantu negara untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan baru. Petronas akan membantu graduan baru dengan cara membangun dan meningkatkan kemahiran insaniah selain menyediakan pengalaman kerja yang diperlukan. 

 

Program berkenaan adalah selama 8 bulan iaitu latihan berasaskan kelas selama 2 bulan dengan makanan, penginapan dan elaun sebanyak RM700 sebulan akan diberikan. Sekiranya korang menunjukkan pretasi yang cemerlang semasa latihan berasaskan kelas selama 2 bulan tersebut, korang ada peluang untuk terpilih dalam program On-Job Training (OJT) selama 6 bulan dan elaun sebanyak RM2,000 sebulan akan diberikan. Jika sepanjang tempoh latihan ini korang menunjukkan preastasi yang bagus, peluang untuk ditawarkan kerja bersama mereka sangat tinggi. 

 

Sembang banyak pun tak guna kalau tak layak kan?. Berikut adalah kriteria kelayakan yang dikehendaki oleh PETRONAS.

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih dari 26 tahun (semasa permohonan).
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 3.0.
  • Menganggur dalam tempoh enam (6) hingga dua belas (12) bulan setelah tamat pengajian.

 

Jika korang berminat dan ada kelayakan, boleh terus memohon melalui laman web Hungrintern.com. Klik MOHON KE PROGRAM LATIHAN TRAINEESHIP PETRONAS untuk memohon. Untuk semak senarai peluang traineeship di syarikat besar lain, korang boleh KLIK DISINI

 

 

Akhir kata, mohon ke program-program internship dan traineeship di syarikat-syarikat besar yang berpotensi untuk ditawarkan kerja selepas tamat. Kalau tak ditawarkan kerja pun, sekurang-kurangnya pengalaman yang korang dapat boleh digunakan untuk enyakinkan syarikat lain menerima korang sebagai pekerja.  

 

Kalau rezeki berjaya terpilih lakukan yang terbaik dan peluang yang cerah untuk ditawarkan bekerja terus dengan tersebut sangat tinggi. Gaji permulaan sebagai traineeship pun setaraf dengan gaji pekerja lain di syarikat tersebut. Kami juga akan kemaskini senarai diatas dengan berkongsikan lebih banyak syarikat besar yang tawarkan peluang pekerjaan. Nak seribu daya, tak nak macam-macam dalih, yang akhir sekali korang yang rugi. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail