Afterschool
March 14, 2018
Berita baik kepada lepasan SPM/Setaraf yang gagal dalam permohonan atau baru hendak memohon atau apa sahajalah masalah yang dihadapi oleh anda sebelum ini, pihak UiTM bakal membuka permohonan bagi ambilan Januari 2019 pada 9 Julai ini. Sistem permohonan akan dibuka bermula jam 12 pm. Permohonan dibuka sehingga 27 Ogos 2018. Boleh rujuk hebahan dibawah.
Buat masa sekarang jika di semak di laman rasmi pengambilan pelajar UiTM, sistem permohonan belum dibuka dan akan dibuka jam 12 pm nanti. Sebaik sahaja sistem permohonan dibuka, anda yang berminat untuk memohon, boleh pergi beli nombor UNIK ID di BSN. Kemudian barulah masuk ke sistem permohonan dan ikut arahan seperti biasa. Untuk semak syarat kelayakan bagi 77 kursus pengajian diploma dan Asasi undang-udang yang ditawarkan bagi ambilan Januari 2019, boleh KLIK DISINI. Klik info dan semak satu persatu. Untuk permohonan kelak, boleh terus klik link berikut : https://online.uitm.edu.my/. Semoga berjaya!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.