Permohonan SHELL Graduates Programme 2018 Kini Dibuka untuk Permohonan!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 01, 2018, 10:46 am

Jika Petronas hanya menawarkan program SL1M dibawah kerajaan yang belum tentu menawarkan peluang pekerjaan sebaik tamat latihan, apa kata jika anda memohon program Siswazah SHELL (SHELL Graduates Programme). Program melahirkan bakat SHELL ini diwujudkan untuk mengenal pasti calon yang benar-benar berbakat untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan syarikat mereka. Permohonan dibuka pada hari ini iaitu 1 Februari 2018. 

 

 

Untuk makluman anda, Program Siswazah Shell adalah rangka kerja pembangunan yang membolehkan graduan baru menjadi golongan profesional Shell yang bebas sepenuhnya dalam tempoh selama 2-5 tahun. Di Shell, lulusan baru mempunyai akses kepada pelbagai peranan, peluang latihan dan pembangunan bertaraf dunia, termasuk:

 

  • Pembangunan kemahiran kepimpinan
  • Rangkaian, Hubungan dan Latihan Mentoring
  • Pembelajaran kurikulum (latihan, modul e-pembelajaran, akreditasi)

 

Anda juga akan diberikan peranan yang bakal menguji kebolehan,  bersifat hands-on sekaligus membiasakan diri dengan nilai-nilai organisasi. Gaji permulaan yang kompetitif, faedah yang luar biasa serta peluang untuk memperdalam pengetahuan melalui pembelajaran berstruktur dan menyumbang kepada projek-projek sememangnya peluang yang jarang sekali ditawarkan. Rugi sekiranya anda melepaskan peluang ini. 

 

 

Sekiranya anda berminat berikut adalah syarat-syarat permohonan :

 

  • Mempunyai bakat kepimpinan dan penglibatan dalam pengalaman persekitaran kerja berpasukan
  • Kemahiran komunikasi dan pembentangan yang kuat
  • Mempunyai keizinan kerja yang sah di Malaysia
  • Memiliki ijazah (Sarjana Muda, Sarjana atau PhD) dari bidang berikut:

 

Komersial

 

  • Jualan & Pemasaran
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Logistik
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan
  • Sumber Manusia

 

Teknikal

 

  • Geofizik
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Mekanikal / Mekatronik
  • Kejuruteraan Petroleum
  • Geosains Petroleum
  • Kejuruteraan kimia

 

Jika anda terpilih, Shell akan memadankan peranan anda dalam bidang tertentu berdasarkan kemahiran yang dimiliki, jadi tidak perlu memohon untuk mengikuti program dalam posisi tertentu. Walau bagaimanapun, jika anda berminat dengan peranan tertentu, anda boleh menyatakan minat anda. Untuk anda yang memenuhi syarat yang ditetapkan, SILA KLIK DISINI untuk mengetahui info lanjut permohonan sekaligus memohon mengikuti program ini. Untuk info mengenai program ini, SILA KLIK DISINI

 

Sekiranya terpilih kelak, tunjukkan prestasi yang paling terbaik kerana sesungguhnya anda sendiri sahaja yang mampu mencorak masa depan menjadi lebih baik. Jangan sesekali lepaskan atau sia-siakan peluang yang diberikan. Kadang kala peluang itu ibarat nyawa kita. Manusia hanya diberikan peluang untuk hidup sekali sahaja, bukan dua atau tiga kali. Semoga berjaya untuk anda!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail