Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2017, 04:07 pm
PERHATIAN : SEMAKAN STATUS BOLEH DISEMAK MULAI JAM 4.00 PM HARI INI. BOLEH BUAT SEMAKAN KADSIM ADA MELALUI ATM ATAU LAYARI https://www2.irakyat.com.my/personal/login/login.do
PERHATIAN : KPT telah mengesahkan bahawa KADS1M untuk tahun 2018 akan mula diagihkan pada 15 MAC 2018. Berikut adalah hebahan yang dibuat oleh KPT di laman rasmi facebook KPT. Kepada anda yang telah mendaftar wang akan terus dikreditkan. Kepada yang belum perlu mendaftar. Caranya rujuk perkongsian dibawah.
PERHATIAN : Untuk semakan KADS1M untuk tahun 2018. Boleh KLIK PAUTAN BERIKUT : SEMAKAN & PERMOHONAN ONLINE KADS1M 2018
Seperti mana anda sedia maklum menerusi penguguman Bajet 2017, Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) telah menggantikan baucar buku 1 Malaysia mulai tahun 2017. Pelajar IPTS dan IPTA boleh mendapatkan kad debit pelajar KADS1M dengan memohon secara online menerusi Bank Rakyat mulai 16 Februari 2017.
Kad debit KADS1M adalah cara baharu yang lebih selamat berbanding penggunaan Baucar Buku pada tahun sebelumnya. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 ini hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih. Berikut kami kongsikan cara permohonan online bagi mendapatkan Kad Debit Pelajar dibawah kelolaan Bank Rakyat.
Menurut Bank Rakyat, sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank rakyat anda tidak perlu membuka akaun baru. Hanya bayaran rm 5 sahaja dikenakan untuk mendapatkan KADS1M. Tujuan kad KADS1M ini diwujudkan untuk mengelakkan segelintir pengguna yang menyalah guna BB1M ini.
Jadi, buatlah permohonan sekarang, selamat membeli-belah ye!.
Perlukan
bantuan?