logo
logo

    Courses

    Institutions

Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang Dibuka Pada 1 Jun 2018

Afterschool

Afterschool

May 31, 2018





Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

Pinjaman ini layak dipohon oleh warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

 

Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh Agensi Kelayakan MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia). Pinjaman ini ditawarkan untuk peringkat pengajian bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD. Sekiranya anda berjaya memperolehi pencapaian akademik CGPA kelas pertama, pinjaman ini akan bertukar kepada biasiswa. 

 

Jika anda berminat, boleh KLIK DISINI untuk info lanjut permohonan, syarat kelayakan, sistem permohonan online dan lain-lain. Pautan permohonan juga akan boleh dirujuk di laman rasmi berkenaan sebaik sahaja permohonan dibuka pada 1 Jun 2018 setiap tahun manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Ogos setiap tahun. Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh berkenaan. Jadi kepada anda yang yang layak memohon, bolehlah mengemukakan permohonan sebaik ianya dibuka kelak. 

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background