Permohonan Pengambilan Kedua ke UTHM Dibuka Sekarang Sehingga 18 November 2017

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 01, 2017, 12:22 pm

Satu lagi universiti yang telah membuka permohonan untuk kemasukan bulan Februari iaitu UTHM. Permohanan Secara Atas talian telag dibuka untuk Kemasukan Semester II Sesi Akademik 2017/2018 Program Sarjana Muda Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Permohonan dibuka sehingga 18 November 2017. Hanya calon lepasan DIPLOMA SAHAJA LAYAK MEMOHON. Lepasan lain tidak layak memohon.

 

UTHM

 

Peringatan untuk anda lepasan diploma yang ingin memohon, anda wajib mempunyai keputusan MUET. Jika tidak ada keputusan MUET atau sudah mengambil peperiksaan tetapi belum menerima keputusan lagi, sila mohon pada tahun hadapan melalui UPU.

 

Sebelum memohon juga, eloklah sekiranya anda menyemak terlebih dahulu senarai kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan permohonan dan panduan untuk memohon. Jangan pakai hentam sahaja memohon. Untuk semakan klik pautan dibawah

 

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

PANDUAN PERMOHONAN

 

Anda takkan boleh melihat semua perkara diatas tanpa login terlebih dahulu. Jadi klik pautan yang kami kongsikan. Jika berminat untuk memohon, bolehlah buat permohonan sebelum tarih tutup 18 NOVEMBER 2017!.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :

 

PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja

Batu pahat

Johor

 

Waktu Operasi :

Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis         : 8.00 pagi – 3.30 petang

 

No tel : 07-453 7696 / 7689 / 7375 / 7685 / 7687 / 7690

SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail