Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 06, 2017, 01:14 am
Berita baik kepada anda lepasan diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, kini UMK turut membuka pengambilan kedua bulan FEB untuk anda melanjutkan pengajian ke universiti itu pada tahun hadapan.
Kepada anda yang berminat untuk memohon bolehlah memuat turun borang permohonan yang kami kongsikan di akhir artikel ini dan mengisi borang permohonan berkenaan dengan lengkap. Permohonan yang lengkap boleh di SCAN DAN EMEL ke [email protected] bersama-sama dengan salinan dokumen berikut :
** SEMUA DOKUMEN DIATAS MESTILAH TELAH DISAHKAN
ATAU BOLEH JUGA DI POS KE ALAMAT :
Bahagian Pentadbiran AkademikUniversiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok,Beg berkunci No. 0116300 Bachok KelantanTel : 09-7797023 / 7010 / 7027Faks : 09-7797002
Borang bersama dokumen yang lengkap mestilah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 DISEMBER 2017. Untuk MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SILA : BORANG PERMOHONAN KE UMK FEB 2018
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda telah mengenal pasti senarai program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pilihan yang telah ditetapkan. Untuk semakan senarai program pengajian yang ditawarkan, anda boleh rujuk pada senarai di dalam borang permohonan diatas. Untuk semakan syarat kelayakan, SILA KLIK DISINI. . Suka juga diingatkan, permohonan ini HANYA TERBUKA UNTUK LEPASAN DIPLOMA SAHAJA. Lepasan lain yang ingin melanjutkan pengajian ke UMK boleh mohon dalam UPU pada tahun hadapan. Semoga berjaya!
Perlukan
bantuan?