Permohonan pengajian ke timur tengah dibuka hari ini

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 04, 2016, 02:19 pm

Permohonan pengajian ke timur tengah dibuka hari ini. Bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi sesi 2016/2017 akan dibuka mulai pukul 12 tengah hari ini sehingga 12 tengah hari 18 Mac ini.alazhar, Permohonan pengajian ke timur Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Timur Tengah perlu membuat permohonan secara dalam talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah

Borang permohonan dalam talian yang telah dicetak perlu dikemukakan ke Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi berserta dokumen sokongan selewat-lewatnya pada atau sebelum pukul 5 petang 29 April ini, menurut kementerian dalam kenyataan pada hari Khamis. Menurut KPT permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi hanya diproses oleh kementerian itu. "Penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan KPT tidak melantik mana-mana agen menguruskan pelajar ke Timur Tengah," katanya. Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT boleh dihubungi di 03-88706226/6627.
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail