
Afterschool Team
January 25, 2017
Assalamualaikum ya Akhi wa Ukhti fillah!. Berita baik kepada anda semua khususnya pelajar lepasan STAM dan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi sesi akademik 2017/2018, permohonan untuk melanjutkan pengajian ke sana telah pun dibuka sekarang!.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan rasminya, telah mengugumkan bahawa permohonan untuk pengajian ke 3 buah negara itu telah pun dibuka dan bakal ditutup pada 2 Februari, jam 5 petang. Manakala bagi permohonan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) permohonan juga sudah pun dibuka dan akan ditutup selepas 10 hari keputusan SPM diumumkan.
Jadi kepada pelajar lepasan STAM/SPM yang berminat untuk menyambung pengajian ke negara-negara Timur Tengah dalam bidang pengajian islam, perubatan, pergigian dan farmasi boleh membuat permohonan sekarang sebelumnya ianya ditutup kelak. Permohonan tersebut boleh di buat menerusi laman rasmi KPT. Klik di sini untuk terus ke laman rasmi permohonan.
Menerusi portal berkenaan juga anda boleh menyemak panduan permohonan, maklumat pengajian, borang permohonan serta anggaran yuran pengajian, di Mesir, Morocco dan Jordan. Oleh itu, apa tunggu lagi segeralah memohon sebelum anda terlepas tarikh itu!. Semoga berjaya!.